Disember 2012 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Sabtu, 15 Disember 2012

Konsep Kepimpinan (1)


Menurut pembacaan dari sebuah buku, di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain mengenai takrifan dan konsep pemimpin dan kepimpinan.

DEFINISI PEMIMPIN:
Pemimpin bermaksud individu dlm satu kumpulan yg mempunyai tugas mengarah, menylaras, memantau laporan yang berkaitan aktivi kumpulannya. Pemimpin juga seseorang yg diiktiraf mempunyai pengaruh, berwibawa & mempunyai kuasa dalam masa jangka pendek dan jangka panjang dalam situasi tertentu.

DEFINISI KEPIMPINAN: 
Kepimpinan adalah gaya seorang seorang pemimpin mempengaruhi ahli kumpulan untuk melaksanakan aktiviti bagi  mencapai matlamatorganisasi yang dikongsi bersama. 

FUNGSI PEMIMPIN :      

1.  Eksekutif          
 Fungsi pemimpin yang pertama adalah berperanan sebagai seorang eksekutif. Fungsi dan tugas seorang eksekutif adalah mengarah, mentadbir, menyelaras aktiviti,membuat pelbagai keputusan,                                                                   mengagihkan kuasa mengikut peringkat pekerja dan orang bawahan,membuat penilaian & perubahan terhadap struktur organisasi dan orang yang dipimpin di bawahnya. 

            2. Perancang        
               Fungsi kedua adalah bertindak sebagai perancang. Ia satu peranan yang penting kerana kejayaan sesbuah organisasi adalah terletak di peringkat perancangannya. Di dalam aspek perancangan, seorang pemimpin mestilah berpandangan jauh, dapat menentukan matlamat sesebuah organisasi, mengenalpasti cara untuk mencapai  matlamat organisai dan berupaya mengawal rancangannya. 

            3. Pembuat Polisi              
              Polisi bermaksud peraturan dan panduan yang perlu diikuti oleh semua ahli di dalam organisasi. Polisi ini termasuk bagaimana cara bertindak, mengurus atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Penetapan sesuatu polisi tidak hanya melibatkan seorang individu, bahkan ia boleh dibuat secara berkumpulan dengan kerjasama dari peringkat orang bawahan. 
                                                      
             4. Pakar                  
                Seorang pemimpin dianggap seorang pakar di dalam bidang kepimpinan dan ada kemahiran tertentu. Namun begitu, seorang pakar juga perlukan bantuan dan pandangan dari orang lain terutamanya orang bawahan agar keputusan yang diberikan memberi kesan baik kepada organisasi.
               
             5. Jurucakap         
                 Pemimpin adalah sebagai jurucakap mewakili organisasinya apabila bercakap kepada kelompok / organisasi lain. Beliau juga bertanggugjawab memberi laporan kepada pihak atasan terhadap perkembangan dan isu di dalam organisasinya. 

             6. Pengawal Komunikasi Dalaman              
                Seseorang pemimpin adalah bertanggungjawab mengawal komunikasi antara anggota di dalam organisasinya. Lebih-lebih lagi, dia sebagai pengawal apabila wujud ketegangan atau pertelagahan antara sesama ahli. 

             7. Pemberi ganjaran         
                 Pemimpin adalah orang yang ada kuasa penuh untuk memberi ganjaran kepada mana-mana individu yang layak dan dinilai sesuai. Ganjaran ini termasuklah pujian dan sebagainya yang boleh menaikkan semangat dan motivasi. Begitu juga seorang pemimpin mempunyai kuasa penuh memberikan hukuman, nasihat dan amaran dalam kes-kes tertentu di dalam organisasinya. 

             8. Orang tengah  
                Pemimpin juga berperanan sebagai seorang hakim atau pendamai apabila wujud konflik antara sesama ahli di dalam organisasinya. 

              9. Teladan             
                  Sifat-sifat yang baik untuk diteladani perlu ada sebagai seorang pemimpin. Secara tidak langsung, ia akan  mengajak ahli di dalam organisasi mengikuti dan menghayati teladan dan kelakuan baik yang ditonjolkan. 

             10. Simbol Kelompok          
                   Apabila orang lain melihat seorang pemimpin, mereka telah tahu mengenai corak kepimpinan yang di bawa oleh pemimpin tersebut. Dengan kata lain, orang lain sudah tahu corak pengurusan organisasi yang dibawa oleh seseorang pemimpin itu. 

              11. Ahli Ideologi    
                    Seorang pemimpin harus kerap berperanan melontarkan pemikiran baru  samada dari aspek pengurusan dan juga pengurusan sumber manusia. Ianya sangat bermanfaat kerana ia dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku ahli dalam organisasinya. 
                                               
              12. Tokoh Bapa      
                    Seorang pemimpin juga berperanan sebagai tempat mengadu & meminta pertolongan jika ada masalah di bawah kepimpinannya. Ia menjadi tempat menyelesaikan masalah tidak sahaja melibatkan masalah dalam pekerjaan, malah ada kalanya melibatkan masalah peribadi, keluarga dan sebagainya. 

CIRI PEMIMPIN YANG DIKAGUMI
1. mempunyai misi dan visi yang jelas
2. boleh motivasikan orang lain ke arah kecemerlangan
3. bersifat jujur dalam semua hal
4. mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan
5. tegas tapi masih ada humor dalam kepimpinan
6. bersimpati dengan masalah pekerja
7. ada kemahiran interpersonal yg baik
8. berani dalam membuat keputusan dan sentiasa bersedia menanggung risiko

TEORI KEPIMPINAN

Ada 6 teori kepimpinan :

1) Transaksi
2) Transformasi
3) Pengajaran
4) Ikut Situasi
5) Kredibiliti
6) Karismatik



Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys