Mula-mula aku nak mintak maaf pada semua... aku bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menyokong atau mengaibkan sesiapa... sekadar menulis untuk melepaskan perasaan yang dah lama bersarang... aku tidak bermaksud "potong rezeki" kawan.. aku tetap percaya yang rezeki Allah tetap akan beri kepada hambaNya yang rajin berusaha selagi terdaya di bumi ini.Sepanjang tahun ini, aku kerap didatangi oleh kawan2 yang dah lama tak jumpa ajak aku minum2 (ngeteh... kata orang jawa..!!) Dalam perjumpaan tu, ada beberapa orang yang aku memang lansung tak kenal, tapi aku wat do no je... Sambil mengukit cerita lama, kebanyakan mereka bercerita tentang MLM.. aku sebenarnya dah lama tak amik port pasal MLM... bila diorang dah start bukak cerita pasal satu perniagaan oleh satu syarikat MLM yang popular nih, berjela...