Mei 2009 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Rabu, 27 Mei 2009

cempuling - warisan jawa

Selama beberapa minggu, aku cuba mencari asal usul “cempuling”. Ini disebabkan rumah bapa mertua yang terletak di Kg Tok Muda, Kapar adalah tempat berkumpulnya generasi “pemain” cempuling yang telah lama bergiat sejak dahulu. Banyak tempat di negeri Selangor selalu dan kerap memainkan cempuling terutama di majlis-majlis rasmi. Kemungkinan, rakyat negeri Selangor memang kuat pengaruh jawanya berbanding negeri lain. Ada beberapa tempat yang popular dengan aktiviti cempuling, iaitu Kg Bukit Kapar, Jenjarom, Kg Tok Muda ( hanya dapat menyebutkan beberapa kampung yang aku tahu..)Kumpulan Cempuling Kg Tok Muda membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan berasal...

Isnin, 18 Mei 2009

Kemahiran Amal Islami JAIS Daerah Klang

PAID Klang dan MGB Daerah Klang telah menganjurkan Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Klang bertempat di SRA Kg Delek. Acara dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan Majlis Perasmian oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Y.B Dr. Hjh Halimah Bt Ali. Selesai sahaja majlis perasmian, kesemua acara berjalan serentak iaitu sebanyak 25 acara dipertandingkan. Antaranya Hafazan dan Tafsiran (lelaki & perempuan), Nasyid, Rawi&Marhaban, Khat, Bercerita dari Al-Quran, Syair, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan B.Melayu dan lain-lain. Keseluruhannya seramai hampir 2800 pelajar yang mengambil bahagian sepanjang program ini berlangsung. Acara Penutupan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua...

Ahad, 3 Mei 2009

Lawatan Sambil Belajar

Hari ini bersamaan 2 Mei 2009, aku bawak isteri dan anak-anak aku berjalan sambil mengenal binatang di Zoo Negara, Hulu Klang. Mungkin setengah orang perlekeh usaha aku - "eh eleh, zoo..?!! apa ada..? " Memang... tapi aku seronok walaupun penat... aku sangka tak ramai yang datang.. yer la... umur zoo tu pun dah baya umur ayah aku, tapi ia masih menjadi lokasi sesuai dan MURAH untuk aku ajarkan kepada anak-anak aku tentang kahidupan haiwan dan tumbuhan. Ternyata, isteri dan anak-anak termasuklah aku sekali puas walaupun penat. Sampai sahaja di rumah, aku terus edit gambar video yang aku ambil, kemudian aku tunjukkan kembali kepada mereka. Aku harap ingatan mereka akan kekal sampai bila-bila... aku kongsikan detik indah kenangan itu di sini..Cuma aku rasa, bayaran yang dikenakan terhadap pengunjung...

Jumaat, 1 Mei 2009

Hayati Sirah Kelahiran Nabi

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Agama Sementa pada 27 Mac 2009 yang lalu.. Sambutan yang sederhana tetapi meriah... Bermula dengan perarakan dari Dataran Sekolah, berjalan mengelilingi Lapis 1, Kg Sementa kemudian pulang semula ke sekolah 45 minit kemudiannya. Semua guru dan murid terlibat dengan sambutan ini.Acara seterusnya diiringi dengan dendangan Selawat dan Puji-pujian ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Setelah itu, pertandingan bercerita kisah kelahiran Nabi S.A.W di adakan. Ikuti sedikit bingkisan yang telah dirakam untuk dikongsi bersama... ( hari tu pun ada masuk paper Sinar Harian... )Sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga Sekolah Rendah Agama Sementa yang bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan ini. Pujian dan setinggi-tinggi penghargaan juga...

Pages 161234 »

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys