Ibubapa adalah manusia paling penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak. Penting sebagai ibubapa menitikberatkan perkembangan anak-anak dengan betul kerana "corak" yang kita sebagai ibubapa akan dapat dilihat apabila anak-anak dewasa. Nabi S.A.W mengingatkan kita sebagai ibubapa tentang "corakkan" itu, seperti sabdanya lebih kurang : "Anak-anak adalah seumpama kain putih yang bersih. Ibubapanyalah yang menentukannya samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi." Pepatah popular orang Melayu ada menyebutkan : "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Kita sebagai ibubapa pastinya mahukan anak-anak yang baik, soleh, solehah, bijak, pandai, suka membantu dan semua sifat yang baik. Oleh itu, kita harus bijak menentukan, mengawal dan memberi garis...