Arak disebut dalam Bahasa Arab ialah "khamar" yang bererti menutupi. Arak telah lama diketahui sebagai minuman yang memabukkan dan banyak menjadi punca kepada pelbagai perkara buruk dan merosakkan akhlak.Aku teringat semasa belajar pengajian Islam dahulu, ada belajar tentang ayat Nasah Mansuh. Ia bermaksud ayat Al-Quran yang turun kepada Nabi S.A.W terkemudian adalah memansuhkan hukuman yang terdahulu dari satu aspek-contohnya ARAK.Kisah arak telah wujud pada zaman Nabi S.A.W lagi. Pada Zaman Arab Jahiliyyah, arak ialah hidangan biasa bagi orang Arab. Erti kata lain, asalnya arak tidak haram sehinggalah diceritakan Al-Quran mengenai pengharaman arak dalam Surah Al-Baqarah ayat 219, maksudnya :" Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada...