Julai 2011 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Isnin, 18 Julai 2011

Koleksi Soalan Tauhid PSRA


Ini adalah koleksi soalan-soalan matapelajaran Tauhid. Ia adalah sebagai latihan tambahan dan rujukan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dijalanka di sekolah-sekolah agama seluruh Selangor. Koleksi ini adalah soalan yang dikumpulkan daripada soalan sebenar PSRA tahun-tahun lepas dan juga beberapa bentuk soalan baru yang dicipta mengikut sukatan terkini JAIS.
Di saat-saat begini, memang sudah masanya calon peperiksaan mengulangkaji dan membuat banyak latihan berdasarkan kepada contoh sebenar bentuk soalan. Ini dapat membiasakan calon memahami dan menjawab soalan-soalan dengan mudah dan efisyen. Silakan muat turun. Semoga beroleh manfaat kepada semua.



koleksi untuk soalan objektif :
http://www.4shared.com/document/vCuec2tw/koleksi_soalan_objektif_tauhid.html

koleksi untuk soalan subjektif :
http://www.4shared.com/document/iz86izXh/koleksi_soalan_subjektif_tauhi.html

Isnin, 11 Julai 2011

Mobile Multimedia

Pengenalan Mobile Multimedia

Multimedia adalah gabungan daripada dua perkataan bahasa Inggeris “multi” dan “media”. Multi didefinasikan sebagai berbilang atau berbagai-bagai manakala media adalah perantaraan. Multimedia pula didefinasikan sebagai sistem komputer yang mengandungi perisian video, audio dan teks. (Oxford Dictionary, 2007). Multimedia adalah sebuah data yang dipersembahkan daripada bentuk fizikal ke bentuk format digital. Data multimedia pula merangkumi imej fotografi, imej X-ray, suara, dan video, lukisan, carta dan animasi (C.Tse, Philip K. 2008). Diraj Sharma, 2009 menyatakan bahawa multimedia adalah gabungan dua atau lebih daripada teks, grafik, suara, animasi dan video yang disampaikan oleh komputer. Gour Karmakar & Laurence S.Dooley (2008) mendefinasikan multimedia merujuk kepada kombinasi pelbagai elemen media seperti teks, audio, imej dan video dalam format digital yang dipersembah dan dimanipulasikan oleh satu peranti elektronik atau sebuah komputer. Di Wikipedia iaitu satu ensiklopedia bebas meletakkan multimedia merujuk kepada penggunaan teknologi komputer mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.

Mobile didefinasikan sebagai bergerak (Oxford Dictionary, 2007). MyKamus (2010) iaitu kamus versi internet memberikan maksud sebagai mudah dipindahkan atau digerakkan, berubah dengan cepat. Jadi, secara jelasnya, Mobile Multimedia boleh ditakrifkan sebagai kombinasi perantaraan daripada elemen-elemen media seperti teks, audio, video, gambar dan grafik dalam bentuk digital dengan menggunakan komputer yang bergerak atau boleh dialih mengikut kesesuaian masa dan tempat. Ia juga memerlukan operasi jaringan atau kemudahan telekomunikasi agar penghantran mesej dapat disampaikan.

Oleh itu, elemen-elemen dalam mobile multimedia memerlukan satu peralatan yang menyokong kepada penghantaran elemen-elemen multimedia agar penyampaian dapat disampaikan dengan tepat. Pada masa sekarang ini, kemudahan penghantaran tidak lagi hanya bergantung kepada talian yang ditetapkan atau yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja, malah ia telah jauh daripada itu. Kemudahan talian internet yang meliputi 3G, 4G, GPRS, WAP, HSDPA dan sebagainya. Maka dengan itu, peranti yang menyokong perkhidmatan dan aplikasi ini memerlukan peranti yang berteknologi tinggi tidak hanya bergantung kepada komputer desktop sahaja seperti komputer riba, iPad dan juga termasuklah penggunaan telefon bimbit seperti iPhone, Android, PDA atau sebagainya.

Kini, teknologi telefon pintar atau smartphone mula berkembang dengan pantas Mengikut Gartner Incorporated, sebuah syarikat penyelidikan tekonologi, smartphone akan menjadi peranti yang amat popular untuk digunakan oleh orang ramai melayari Web pada tahun 2013. Kajian ini diasaskan kepada peningkatan jumlah kemudahan yang ditawarkan oleh syarikat pembuat telefon sebagai menyokong kepada kepesatan multimedia, berbanding komputer peribadi dan komputer riba atau laptop.

Khamis, 7 Julai 2011

aktiviti ko-kurikulum

Pembentukan Aktiviti Ko-Kurikulum

Asasnya, kegiatan ko-kurikulum dibentuk hasil daripada Laporan Jawatankuasa kabinet 1979 yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Bin Mohamad ketika itu sebagai Menteri Pendidikan. Laporan tersebut tidak hanya menitiberatkan kepada kemahiran asas 3 M (membaca, menulis dan mengira) sahaja tetapi turut menumpukan kepada pembentukan insan dan kemanusiaan agar keseimbangan melahirkan masyarakat yang menyumbang kepada tenaga mahir negara. Ia kemudiannya dikukuhkan dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tahun 1988. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, Ko-kurikulum adalah aktiviti pembelajaran yang menyediakan pelajar dengan pembelajaran menggunakan pengalaman Ia juga adalah satu aktiviti di luar bilik darjah secara tidak formal bagi membantu mengukuhkan aktiviti kurikulum yang berlaku dalam bilik darjah. Akiviti ko-kurikulum lebih menekankan kepada aspek yang tersembunyi seperti bakat, nilai, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaanya, aktivit ko-kurikulum dilakukan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah seperti waktu petang ataupun hari Sabtu. Aktiviti ini melibatkan kelab, persatuan dan sukan. Kewujudan ko-kurikulum adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan ke arah memperkembangkan potensi individu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan itu, aktiviti ko-kurikulum akan dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman bagi menyeimbangkan potensi individu selain mewujudkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.

CIRI-CIRI AKTIVITI KO-KURIKULUM

John H. Holloway, konsultan dalam Educational Testing Services (ETS), di Princeton, New Jersey mempercayai bahawa kegiatan aktiviti ko-kurikulum akan menjadi lebih bermakna, penting dan berguna terutamanya kepada pelajar yang kerap menimbulkan masalah seperti ponteng sekolah, kumpulan etnik minoriti dan pelajar yang kurang upaya. Beliau juga menyatakan pelajar-pelajar terbabit akan mendapat “self-esteem” atau sanjungan diri yang tinggi apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ada beberapa ciri aktiviti ko-kurikulum menurut pandangan beliau iaitu :

1. Penyertaan murid adalah bebas.

Penglibatan atau penyertaan murid dalam bidang ko-kurikulum sepatutnya menjadi kebebasan mereka untuk memilih apakah aktiviti yang mereka gemari, termasuk sukan, koir, pementasan atau sebagainya. Penyertaan sebegini memberi ruang seluas-luasnya murid itu membentuk peribadi sendiri mengikut kebolehan dan bakat semulajadi dalam dirinya. Guru pada ketika ini hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara atau juga sebagai pakar rujuk untuk membantu murid mencapai matlamatnya.

2. Persediaan Ke Masa Hadapan

Mary Malahy (2011) menyatakan aktiviti ko-kurikulum adalah persediaan murid untuk masa hadapan. Sekolah atau di universiti perlu melatih pelajarnya dalam konteks pendidikan yang menyeluruh dan seimbang. Aktiviti ko-kurikulum sepatutnya membentuk murid-murid sebagai penglibatan awal mereka dalam sukan, peningkatan kemahiran belajar, hormat-menghormati, kepuasan dan kesanjungan serta bersikap jujur dan amanah. Ini terjadi apabila murid-murid terbentuk di dalam kumpulan dan belajar melalui pengalaman berorganisasi. Pengalaman ini penting terutama apabila mereka nanti masuk ke alam pekerjaan yang mereka akan gunakan apa yang mereka pelajari di sekolah atau di universiti.

3. Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Sesuai dengan maksudnya yang tersendiri, ko-kurikulum mestilah dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti sokongan selain daripada aktiviti kurikulum di kelas. Sebagai contoh ia dilakukan dalam waktu senggang murid itu.

4. Penyertaan Tidak Diberi Gred

Kegiatan aktiviti ko-kurikulum adalah berlainan dengan kegiatan akademik di dalam kelas. Murid-murid sebenarnya telah bekerja keras mencapai keputusan akademik semasa di dalam kelas. Pencapaian akademik seseorang murid memang hanya bergantung kepada penilaian samada dalam ujian atau peperiksaan yang ditentukan dalam gred. Seharusnya, mengikut Holloway, ko-kurikulum tidak perlu diberikan gred dalam setiap penyertaan kerana ia boleh merosakkan prestasi keseluruhan murid-murid dalam membentuk potensi individu yang seimbang. Ia perlu diberi kebebasan agar boleh mendapat manfaat dan pengalaman sendiri.


Rujukan :

John H. Holloway, Extracurricular Activities: The Path to Academic Success?, 2000, Educational Leadership, ASCD, United State of America, http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/dec99/vol57/num04/-Extracurricular-Activities@-The-Path-to-Academic-Success%C2%A2.aspx

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985, Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1986., Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys