asampedasikanpari

nuffnang

Ahad, 22 Mac 2009

Perkembangan Potensi Anak-anak Kita

Video ni aku amik sendiri dan aku edit sendiri untuk tatapan kita melihat perkembangan dan bakat anak2 kita yang berada di sekolah agama, khususnya di negeri selangor...


ini hanyalah sebahagian sahaja.....

Jumaat, 27 Februari 2009

Kertas Ringkas Konsep Pendidikan Bestari



































Salam pada semua..... aku kongsikan pengalaman aku berkursus dan berbengkel dengan Guru PAKAR Bestari Jabatan Agama Islam Selangor, Cikgu Rosli Bin Ahmad untuk dikongsi bersama... Satu konsep pendidikan Bestari untuk panduan guru-guru.
Semoga ada manfaat untuk anda yang bergelar PENDIDIK....




















Jumaat, 13 Februari 2009

"Kekasih" Valentine.....

Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:

``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''

Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. ``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.

Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara. Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan. ``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. ``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau. Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.

``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

tq pada hidayahgroup.com

Sedih aku mengenangkan satu peristiwa yang sebenarnya memang penjajahan akidah yang halus daripada orang bukan Islam terhadap orang Islam. Majalah Mastika juga pernah mendedahkan satu ketika dulu bahawa sambutan Hari Valentine melahirkan lebih ramai bayi "kekasih" selepas 9 bulan hari itu disambut. Malah, ada yang lebih menyedihkan.... ada yang berhajat nak buat majlis nikah sempena memperingati hari itu...........

Ahad, 4 Januari 2009

BOIKOT ..!!!!


Setiap akhbar utama sepanjang minggu ini telah melancarkan sesuatu yang sepatutnya dari awal lagi... iaitu BOIKOT terhadap barangan / produk dari Israel.... maka... mari boikot..!!!! Boikot bermaksud JANGAN BELI LANGSUNG...!!!!
aku harap aku tak keseorangan dalam sama-sama melancarkan kempen ini... boleh lihat di :

Sabtu, 3 Januari 2009

Peristiwa Di Bulan Muharram

Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.

Pada bulan ini, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah SWT memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka sabda Nabi saw: “Kami lebih layak mengikuti jejak langkah Musa dari kamu.”Maka Nabi saw pun menyuruh para sahabat agar berpuasa.

Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan, “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana pada sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadist. “Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.” Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “Benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub.

Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.” Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a..s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beratus-ratus tahun lamanya memohom keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3. Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Baginda merampas isteri orang walaupun baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7. Allah telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

8. Allah telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

9. Allah telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.”

Begitulah sabda Rasulullah di mana puasa pada hari Asyura ini sangat-sangat dituntut. Kalau tidak memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan umatnya, maka hukumnya adalah sunat. Oleh yang demikian, marilah kita menunaikan perkara yang dituntut ini agar kita sama-sama memperoleh keberkatan daripadaNya.. Amin

terimaKasih : hidayahnet@yahoogroups.com

Isnin, 15 September 2008

Anak-anak Kita

Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera...

Hampir sebulan aku tak dapat menulis dan menaip di blog aku sendiri nih... Maklum, tugasan sebagai seorang guru yang tak menyempatkan aku menitipkan sesuatu yang baru di sini. Lagipun, takder aper2 yang baru untuk diperkatakan sekarang. Terima kasih kepada mereka yang membaca, melayari, melawati dan memberikan komen.

Cuma, baru-baru ni, anak-anak kiter yang berumur 12 tahun telah menduduki peperiksaan getir dalam hidup mereka sepanjang 6 tahun belajar di sekolah rendah : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tak dinafikan, ia satu ujian / peperiksaan yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.. dan ada yang menetapkan pencapaian melalui keputusan UPSR itu nanti, akan meletakkan pelajar tersebut berhak masuk ke sekolah mana yang diperlukan (dan dikehendaki..?). Apapun, syabas dan tahniah kepada pelajar dan guru yang bertungkus lumus untuk memberikan ilmu serta teknik2 menjawab soalan kepada anak2 kita nih. Moga keberkatan ilmu guru dan kesungguhan murid dapat disatukan untuk menjadikan keputusan cemerlang.

Bagi di Selangor, khususnya murid yang belajar di sekolah agama, mereka akan menghadapi satu lagi ujian. Iaitu Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Maknanya, bagi mereka tahun 6 yang beragama Islam, yang bersekolah agama, mereka ada 2 peperiksaan dalam bulan ini. Kesian mereka. Apapun, itulah pengorbanan namanya. Selagi nama pelajar, memang perlu banyak menghadapi ujian untuk menilai sejauh mana kemampuan ilmu yang kiter dapati disamping mempertingkatkan potensi diri.

Apa yang aku nak cerita adalah, peperiksaan ini (PSRA) adalah untuk melayakkan anak2 kiter melanjutkan pelajaran peringkat menengah di semua Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sekarang ini sudah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bagi anak2 yang ingin masuk ke sekolah ini, mereka perlu menduduki PSRA dan lulus dengan cemerlang. Ini bermaksud anak2 perlu mendapatkan peratus pencapaian sekurang-kurangnya 85% untuk gred "jayyid jiddan". Aku faham, ini bukan hendak menyekat, tetapi permintaan penjaga dan pelajar sendiri yang meningkat sejak kebelakangan ini. Mereka mengharapkan dapat pendidikan yang seimbang dari duniawi dan ukhrawi. Betul, Sekolah Agama (SABK) mempunyai subjek pendidikan yang sama denga sekolah menengah lain, cuma tambahan subjek agama.

Tapi permintaan dan situasi berikut tidak dimulakan dengan bersungguh-sungguh dan juga tidak memberi penekanan yang kuat daripada penjaga sendiri. Mereka mahukan anak2 mereka masuk ke sekolah agama, tetapi penjaga tidak memberi penekanan yang kukuh (macam UPSR) untuk PSRA. Akibatnya, anak2 mendapat keputusan hanya 60% ke 70% (hanya gred jayyid) atau 40%-50% (gred makbul). Memang dah sah-sah pihak JAIS akan menolaknya kerana tidak layak masuk ke sekolah tersebut kerana keputusan yang rendah. Pihak JAIS mungkin terpaksa buat bagitu kerana terpaksa menjaga kualiti subjek dan pentadbiran sekoleh agar terus hanya mereka yang betul-betul berminat untuk mendalami ilmu agama.

Itulah, kita kena perlu fikirkan terutama penjaga/ibubapa.. jangankan sampai dah keluar keputusan, barulah kiter sebagai ibubapa, nak "panjat" pejabat JAIS untuk merayu sambil membawa tandatangan sokongan dari wakil rakyat....

Rabu, 20 Ogos 2008

Kebanggaan Negara

Salam.....

Dah hampir 2 minggu aku tak dapat menitipkan tulisan aku kat blog aku nih... kesibukan aku menyebabkan aku sebegitu rupa... minggu lepas, aku diarahkan untuk hadir berkursus di tempat latihan tetap oleh majikan aku.. kursus memakan masa selama 4 hari 3 malam.. berbeza dengan kursus2 lain yang pernah aku hadiri, ianya satu kursus yang memang aku nanti2kan kerana aku tak dapat berpeluang mengikutinya tahun lepas bersama rakan2 aku yang lain.. Untuk makluman, sepatutnya aku diarahkan berkursus pada disember 2007 tapi aku tak dapat ikut kerana isteri aku pada waktu sedang menunggu hari untuk melahirkan 'hero' aku... akhirnya Allah Taala makbulkan hajat aku untuk ikut serta kursus tersebut.. Alhamdulillah...

Ok.. aku taknak cerita pasal kursus tu.. bukan aper.. kursus tu memang best dan kursus paling rileks tanpa tekanan yang pernah aku hadiri... apapun, aku nak ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pencramah dan fasilitator yang memberikan tunjuk ajar selain rakan2 kursus yang banyak membantu...

Masih tak terlambat au ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada jaguh perseorangan badminton kita, Lee C W kerana menyumbangkan pingat pertama negara dalam Olimpik Beijing tempoh hari. Walaupun, warnanya bukan emas, tapi ia sudah dikira cukup bagus kerana Lee C W tewas kepada pemain No.1 dunia... tahniah Lee C W...

Namun, apa yang aku tunggu2 adalah pelancaran MPV pertama milik Proton... aku sebenarnya adalah pemilik tegar keluaran Proton... daripada SAGA first model (milik ayah aku..) dan kereta pertama yang aku beli adalah Proton Wira 1.5 (second hand..) kemudian aku jual kereta tu dan setelah aku kahwin, aku dan isteri membeli Proton WAJA. Begitu juga dengan kedua orang tua aku. Mereka tak jual SAGA tu, cuma jadi second car family. Mereka juga beli WAJA. kawan2 aku kebanyakkan dari mereka membeli Proton. Persona paling ramai. Keluarga belah mentua aku pun membeli keluaran Proton. Proton SAGA ISwara dan Wira.

Aku memang ada hajat hati untuk memiliki MPV tempatan. seketika dulu, apabila Naza Citra keluar, aku tak dapat memilikinya kerana pada sistem kewangan aku masih belum sempurna dan "membahayakan bajet". Jadi, aku lupakan hajat tu. Walaupun, ramai yang dah mampu milik. Banyak orang pakai kat jalan sekarang nih.. Sekarang, apabila Proton bercita2 untuk melahirkan MPV, hati aku berkobar2 kembali. Namun, pelbagai persoalan dalam benak aku... biasalah... rupa, enjin, ruang dalam, minyak, "mata' yang cantik tak, dan macam2 lagi lah....
aku rasa semua orang tanya benda yang sama... walaupun orang tak sama...

Namun, seperti bakal pembeli yang lain, aku harapkan Proton mempertimbangkan beberapa ciri mesra pengguna dan situasi menang-menang... Proton perlu meningkatkan keupayaan enjin CAMPROnya.. 1.8L dan 2.0L sesuatu yang patut dibanggakan. Proton juga boleh memikirkan untuk menggunakan sumber bahan api terhadap kedua2 variasi enjin itu samada petrol, diesel atau pakej NGV. Proton tak perlu risau tentang kerugian kerana dalam keadaan sekarang, ketiga-tiga sumber bahan api tersebut mempunyai "peminat" tersendiri. Enjin yang berkuasa dan yang paling penting kepada bakal pembeli-penjimatan minyak yang banyak-membantu peningkatan jualan Proton.

Proton perlu juga menitikberatkan aspek keselesaan ruang dalaman terutama tempat duduk. "Leather Seat" mempunyai banyak kelebihan berbanding kusyen. Ruang belakang sebagai tempat penyimpanan barang, perlu diambil kira. (jangan sampai kepala kerusi belakang "tercium" cermin belakang). Rekabentuk "dashboard" yang futuristik mampu memikat bakal pembeli yang muda dan yang baru hendak berkeluarga. Cantik dalaman dan keselamatan penumpang perlu diselarikan dengan pemasangan "airbag" sebagai memenuhi kriteria keselmatan dunia.

Kemudian, ia disusuli dengan penambahan akssesori seperti CD/VCD/DVD/MP3 ditambah dengan monitor dibahagian tengah, memang MPV Proton akan hangat..!!!

Apapun, aku dan bakal pembeli yang lain menunggu bilakah saatnya itu... Cuma yang merisaukan bakal-bakal pembeli adalah.... Janganlah sesudah 3 bulan sampai ke tangan pembeli sesudah menempahnya, terpaksa ke kilang semula kerana ada "something wrong...."...
MERDEKA..!!MERDEKA..!!! MERDEKA...!!!

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys