Format Ringkas Kertas Kerja
Minggu ni dah mula sibuk dengan kertas-kertas kerja yang akan disiapkan oleh guru. Bila sekolah ada bengkel takwim, guru besar perlukan kertas kerja untuk masukkan dalam bajet sekolah. Maka bermacam2 la reka bentuk kertas kerja..
Konsep Kepimpinan
Pemimpin bermaksud individu dlm satu kumpulan yg mempunyai tugas mengarah, menylaras, memantau laporan yang berkaitan aktivi kumpulannya. Pemimpin juga seseorang yg diiktiraf mempunyai pengaruh, berwibawa...
Senarai Tugas Jawatankuasa Program
Tugas guru tudak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Perkembangan sahsiah dan sokongan melalui beberapa program adalah juga sebagai pembelajaran bagi murid. sebagai contoh, pelaksanaan program kursus kepimpinan pelajar, program sukan sekolah, program 3K, bulan panitia, ataupun Hari Kecemerlangan Murid dan macam2 lagi “counselling”. .
Konsep Kepimpinan 2
Transaksi : Teori ini bermaksud pertukaran. Ia bermaksud beban tugas yang diberikan apabila pekerja dinilai dari bentuk ganjaran, upah, kenaikan pangkat dan lain-lain. Pelaksanaan teori ini akan menjadikan pekerja lebih dedikasi atau lakukan apa sahaja tugas asalkan ada gaji atau upah lebih daripada biasa
.jpg)
Rabu, 2 Mac 2011
terkini.........
Selasa, 9 Februari 2010
Muafakat dan Motivasi PSRA 2010
Sabtu, 6 Februari 2010
Kursus Email untuk Guru Agama Klang
Ahad, 22 November 2009
MLM kaya atau menganiaya kawan...?
Sepanjang tahun ini, aku kerap didatangi oleh kawan2 yang dah lama tak jumpa ajak aku minum2 (ngeteh... kata orang jawa..!!) Dalam perjumpaan tu, ada beberapa orang yang aku memang lansung tak kenal, tapi aku wat do no je... Sambil mengukit cerita lama, kebanyakan mereka bercerita tentang MLM.. aku sebenarnya dah lama tak amik port pasal MLM... bila diorang dah start bukak cerita pasal satu perniagaan oleh satu syarikat MLM yang popular nih, berjela la penerangan diorang terhadap aku. Mula-mula diorg tunjukkan gambar diorg bersama deretan kereta-kereta besar yang sengaja disusun bersebelah-sebelah, ada yang bukan 1, sampai 4 pun ada.. paling cikai aku tengok pun Perdana V6... abis tunjukkan gambar kereta, diorg tunjukkan gambar beramai seolah-olah macam rombongan ke luar negara. HongKong, Taiwan, Jepun dan macam-macam lagi. Habis part tu, diorg tunjukkan plak bbrapa salinan cek yang mencecah ribuan ringgit... rupanya aku dah masuk dalam "kelas" penerangan syarikat MLM diorang... dengan hanya makan sebakul keropok lekor sejuk ditambah dengan air kopi Radix "O", dalam tempoh 2 jam aku selesai mendengar hujahan mereka tanpa aku merespon apa-apa... Dalam tahun nih, aku dah dengar 3 kali cerita yang sama... dan dari tahun lepas, aku jumpa lagi makcik pakcik aku yang join syarikat nih, tapi tak kaya macam diorg pun... menanggung sengsara lagi ada...
Macam aku cakap awal2 tadi, aku bukan nak mengutuk atau nak musnahkan rezeki kawan2.. tidak sama sekali... diorg dah berjaya dalam hidup kerana jalan yang mereka jumpa dan usaha sendiri, maka diorg patut dapat hasilnya. Cuma bila kawan2 ajak aku join sama, aku fikir banyak kali...
pertama yang aku nampak, mereka mengejar KAKITANGAN AWAM kerana golongan ini mudah nak buat loan samada peribadi atau sebagainya untuk start program. Pinjaman plak oleh memakan masa lama sehingga 10 tahun bayaran balik dan bayangkan sekiranya seorang kakitangan awam meminjam bank sebanyak RM20,000....
kedua, sepanjang "kelas" itu, setelah seseorg itu join, mereka akan dapat barang. Tapi, mereka bersungguh-sungguh mengatakan "kita tak perlu jual barang.." "habih tu...?" "barang yang ko dapat nanti ko simpan.. apa yang ko perlu buat, lepas join, ko lepak2, ko call kawan2 sambil minum2, ko panggil kitorg, kitorg datang cerita mcm ko skang nih.. kita nak kasi peluang pada kawan2 kita... itu jer.. Ko dapatkan 3 orang yang sama starting join mcm ko nih, pada masa 3 bulan, kalo org tu bawak lagi kawan2 dia, cukup downline bawah ko, ko akan dapat maintain mcm kitorg dapat nih..." "tapi kalo ko nak jual barang pun boleh... samada ko guna sendri atau ko jual kat sedara mara ko... bayar bulan2... ko bleh tampung bayaran balik pinjaman ko tu...."
Aku tak terus join.. (sampai skang pun aku tak join..) aku ada pelbagai persoalan dalam hati.. aku nak berniaga, aku injam duit dari bank, dapat barang, tapi aku tak jual barang tu... aku carik orang pastu aku suruh orang tu pinjam kat bank jumlah yang sama aku pinjam.. ibaratnya: aku nak jual gula. Aku pinjam kat bapak aku RM100 jualkan seguni gula bapak aku tapi aku tak jual gula. Aku ajak 8 orang kawan yang sama nak jual gula dan buat benda yang sama. akhirnya bapak aku bagi upah kat aku sebab bawak orang jualkan gula bapak aku. Gula seguni tadi aku simpan dalam stor.
Lagi, akulah orang yang menyebabkan downline aku tu nanti meminjam. Sepatutnya modal berniaga barang, tapi modal aku dapat untuk membuat orang meminjam...
aku surfing kat intenet, dapatlah nih :
1. Sesuatu perniagaan yang dijalankan itu sekiranya ada unsur-unsur perjudian, penipuan,
penindasan dan lain-lain ia adalah haram dari segi syarak.
sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Muamalat/SoalJawabMuamalat5.htm
http://www.zaharuddin.net/content/view/567/100/
Jadi... bak kata Nabil.. " Kita Fikirlah Sendiri.... Assalamualaikum."
Sabtu, 29 Ogos 2009
KISAH ARAK
Aku teringat semasa belajar pengajian Islam dahulu, ada belajar tentang ayat Nasah Mansuh. Ia bermaksud ayat Al-Quran yang turun kepada Nabi S.A.W terkemudian adalah memansuhkan hukuman yang terdahulu dari satu aspek-contohnya ARAK.
Kisah arak telah wujud pada zaman Nabi S.A.W lagi. Pada Zaman Arab Jahiliyyah, arak ialah hidangan biasa bagi orang Arab. Erti kata lain, asalnya arak tidak haram sehinggalah diceritakan Al-Quran mengenai pengharaman arak dalam Surah Al-Baqarah ayat 219, maksudnya :
" Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."
Selepas ayat ini diturunkan, masyarakat Arab Jahiliyyah masih lagi kerap menjadikan arak sebagai hidangan. Kemudian, Allah SWT turunkan ayat yang kedua berkaitan arak untuk menjauhkan arak.
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah kamu pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja-hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
- Surah An-Nisaa' : 43
Ayat yang pertama di atas menunjukkan kenyataan bahawa arak itu terdapat di dalamnya keburukan atau dosa besar yang dilakukan walaupun ada manfaat, tetapi manfaatnya hanyalah sedikit berbanding keburukan yang ada di dalamnya. Ayat yang kedua pula, Allah SWT melarang bersolat sekiranya masih dalam keadaan mabuk. Ayat yang kedua ini telah memansuhkan hukum arak yang pada asalnya ada manfaat pada ayat yang pertama tadi.
kemudian, orang arab sudah tidak meminum arak lagi hanya kerana hendak bersolat. Apabila telah selesai bersolat, mereka kembali meminumnya seperti biasa. Akhirnya, Allah SWT telah menurunkan ayat mengenai pengharaman arak.
" Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
- Surah Al-Maidah : 90
Maka, ayat yang kemudian diturunkan ini telah memansuhkan hukum arak di ayat yang kedua dengan Allah SWT melarang terus manusia meminum arak kerana ia adalah perbuatan keji dan amalan syaitan.
Dan dalam hukuman jenayah syariah, orang yang meminum arak hukumannya adalah sebat tidak kurang dari 40 sebatan dan tidak lebih dari 80 sebatan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib :
"Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”
Sudah terang lagikan bersuluh. Memang hukuman dalam Islam adalah SEBAT bagi mereka yang minum arak. jadi, syabas kepada Mahkamah Syariah di Negeri Pahang yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas wanita yang bernama Kartika. Syabas juga kepada Kartika yang memang mengaku kesalahan yang dilakukannya itu. Syabas juga kepada Dato' Dr Hasan Ali yang mengembalikan hak Amar Makruf Nahi Mungkar kepada pegawai dan jawatankuasa Masjid di seluruh Negeri Selangor untuk menangkap mereka yang membeli, menjual dan meminum arak. Inilah satu langkah berhemah yang paling ideal. Harap mahkamah di Selangor dapat melaksanakan hukuman yang sama macam mahkamah di Pahang.
Isunya orang Islam dengan mudah mendapatkan minuman "air kencing syaitan" tu di mana-mana. Ini melibatkan undang-undang di PBT pulak. Kuatkuasakan arak hanya boleh di dapati di kedai yang bertulis " KEDAI UBAT DAN ARAK " sahaja. Ia dimiliki oleh orang bukan Islam. Kedai-kedai biasa terutama kedai serbanika yang beroperasi 24 jam tak payah jual arak. Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama Negeri standby pantau kedai arak tu. Siapa orang Islam yang beli dan minum, sebat. Kan Senang...!!!
Ahad, 5 Julai 2009
Tips perkembangan bayi
Ibubapa adalah manusia paling penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak. Penting sebagai ibubapa menitikberatkan perkembangan anak-anak dengan betul kerana "corak" yang kita sebagai ibubapa akan dapat dilihat apabila anak-anak dewasa. Nabi S.A.W mengingatkan kita sebagai ibubapa tentang "corakkan" itu, seperti sabdanya lebih kurang : "Anak-anak adalah seumpama kain putih yang bersih. Ibubapanyalah yang menentukannya samada menjadi yahudi, nasrani atau majusi." Pepatah popular orang Melayu ada menyebutkan : "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Kita sebagai ibubapa pastinya mahukan anak-anak yang baik, soleh, solehah, bijak, pandai, suka membantu dan semua sifat yang baik. Oleh itu, kita harus bijak menentukan, mengawal dan memberi garis panduan kepada anak-anak agar mereka tidak menjadi ketiga-tiga golongan yang disebutkan dalam sabda Baginda.
Hari tu, aku dapat email dari kawan-kawan dalam emailgroup yang memberikan info yang berguna pada aku. Aku rasa perlu untuk dikongsi bersama dengan kengkawan semua. Ia berkenaan tip berguna untuk perkembangan bayi. Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Kita tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah KITA sendiri. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil kita (terutama sekali apabila kita tidak dapat tidur malam sebab meredakan tangisannya) . Sebahagian aktiviti berdasarkan sains yg disyorkan oleh pakar untuk kita cuba memperbaiki pergaulan kita dengan anak-anak.
1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.
5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.
6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.11-SENTUH DAN RASASimpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.
12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.
13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.
14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.
15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.
16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.
17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.
20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.
22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.
23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.
24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.
25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

Rabu, 3 Jun 2009
Perodua MPV... Lagi Murah...?

Perodua MPV_interior dashboard


Toyota Passo SettePerodua MPV_interior seat
Perodua MPV_seat2

Perodua MPV_front seat
Sekiranya mengikut imej tersebut, aku yakin, aku tak dapat duduk di bahagian belakang MPV Perodua. Kaki panjang aku memang akan "tergantung" dan tidak selesa. Apabila memandu jauh, kaki aku akan jadi lenguh. Kalau pihak Perodua dah siapkan model MPV ini, apa boleh buat. Rakyat kena terima dan pandai-pandailah membuat pilihan bijak. BELILAH barangan BUATAN MALAYSIA.
