asampedasikanpari

nuffnang

Sabtu, 5 Mac 2011

Making an Effective Oral Presentation (1)

People give presentations in any ways in life. Today, presentation is important to show people how the job working and explain the people the job are doing. In academic, oral presentation is talking about research or assignment to show their achievement. The presentation can be oral (spoken), multimedia (using various media - visuals, audio, etc), PowerPoint presentations, short impromptu presentations, long planned presentations, educational or training sessions, lectures, and simply giving a talk on a subject to a group on a voluntary basis for pleasure,(www.bussinessball.com). So, what is oral presentation?

The word “oral” from oxford dictionary (2007) mean spoken or not written. While, “presentation” is a meeting at which something is shown or explained to a group of people (Oxford, 2007). Thomas Leech (2004) give presentation is the practice of showing and explaining the content of a topic to an audience or learner. Presentations and reports are ways of communicating ideas and information to a group. But unlike a report, a presentation carries the speaker's personality better and allows immediate interaction between all the participants. (Donald Clark-www.nwlink.com-1998).

Oral Presentation is a talk given to a group in which you present your views on an issue or topic based on your readings or research (University of South Australia). In website www.thefreedictionary.com defined oral presentation is delivering and address to public audience.

For the conclusion, the oral presentation is speech in the part of communication with somebody can describe or explain the ideas to audience who can understand more. It can be present with a technology especially Microsoft PowerPoint or others to improve understanding and make audiences clearly about the topic.

Speech Training

People who want to present something must train themselves. Dr. Carol Fleming – Specializing in Vocal Development and Communication Training listed training must be included voice improvement. It becomes verbally competent, fluent and gracious. It’s also included the breath, voice, intonation or others. Second, communication skills development. It’s developing a commanding presence. Skills can be improve highly with step by step development and trained by professional. Third, improve public speaking. People can speak with confidence and gain credibility. It’s help to more relaxing and enjoying while presentation. Last is developing your social skills in the workplace, that’s the secrets for getting promoted. This is how we can explain our research or work with job mate or friends and also how we communicate with them softly, clearly and friendly.

3.0 THE ORAL COMMUNICATION MODEL

3.1 Transactional Model of Communication

The oral presentation have link with transactional model of communication. So, the presentation is suitable with this model. Transactional communication model is depicts communicators as sending and receiving massages simultaneously. This model includes with communication elements is communicators, encode, decode and channel. (Maria Brignall-www.wisc-online.com-1999). In the other hands, the speaker and the listener are sending and receiving the massage. It can be a communicator as a sender as well as a receiver simultaneously. In the other word, speaker and listener can interact with the idea to increase the information or respond things. This can make the situation more alive during the presentation.

Skills and strategies in public speaking are so important. We need to know what are the strategies could do to deliver the ideas then reach to the audience. Skills must be studied and improved all the times to avoid one way communication or boring situation during the presentation. It is includes how to tackle the audience, interesting slides, relevant pictures and videos, humour, question between speakers and audience and etc.

4.0 AUDIENCE ANALYSIS

We need to analyze our audience. Why? It is because it can help our presentation more fluent and smoothly. Rahimah Yeop (INTAN, 2006) listed that audience analyzed about a number of audiences, age of audience, audience’s sex, audience’s race and the backgrounds. We should also analyze the level of their interest. Knowing the audiences can make the presenter do the early preparation for example the voices technique or the technical support such as Power Point slides. The age showing which the proper way can we talk during the presentation. The presentation can be control even we know the number of our audience. The speech should not go too far with touching the thing about gender. The presenter must be alert if the content of the presentations related on races, cultures and the backgrounds in order to that the speech do not touch the sensitivity of people .

Rabu, 2 Mac 2011

Kursus Laman Web (Joomla!)

Kursus Pembangunan Laman Web di ILDAS bermula 2-3 Mac 2011 bersama sahabat-sahabat Azhari Sulaiman, Wirdansyah, Azhar Othman dan ramai lagi kengkawan seperjuangan... Dah lama kat sekolah.. inilah masanya "merehatkan otak"...







terkini.........

Assalamualaikum wrt wbth...

Lama tak jenguk blog sendiri... rupanya dah setahun tak updated...maklumla.. pelbagai tugas... termasuk lah dah berpindah ke rumah baru.... selepas ini insya allah... akan sentiasa updated... lagipun tahun nih adalah tahun aku memulakan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pentadbiran Pendidikan) kat Open University Malaysia... Kuliah aku setiap 2 minggu sekali hanya hari ahad.... so far.. aku cukup puas hati....

Tahun 2011 adalah masuk semester 2 sepanjang 4 tahun pengajian.. so, banyaklah assignment atau tugasan yang aku kena buat... semester pertama lepas, aku perlu buat satu jer assignment.. semester nih aku kena buat 3 skali semester... assignment pasal pelaksanaan ko-kurikulum diMalaysia, Warming up atau pemanasan badan dan pasal hubungkait NKRA 4 (pendidikan) dengan Konsep 1Malaysia dalam mengukuhkan perpaduan di Malaysia... susah tu.. nasib baik ada kengkawan dan peers yang banyak membantu... keluarga aku pun banyak support (terutama my lovely wife).... kalo tak.. hancuss aku..!! hehehe....

Anyway.. aku akan cuba upload tugasan-tugasan aku untuk dikongsi bersama... aku ikut bak kata tok guru aku... "Ilmu yang enta dapat adalah milik Allah SWT.. enta dapat ilmu itu sebab terpilih dengan kehendak Allah... jadi, enta wajib sebarkan supaya ilmu enta makin bertambah.." Amiin.......

Selasa, 9 Februari 2010

Muafakat dan Motivasi PSRA 2010

Hari Ahad 7hb Februari 2010 merupakan hari aku datang sekolah untuk sama-sama menjayakan Program Permuafakatan dan Motivasi Ibubapa Murid PSRA 2010 SRA Sementa. Program dianjurkan oleh Biro Akademik PIBG sekolah. Program ini telah dihadiri seramai hampir 600 orang yang bermula jam 8.30 pagi di Dewan Tingkat Atas SRA Sementa dan dipimpin oleh Dr. Robiah K Hamzah, perunding dan pakar motivasi terkenal tanahair. Ia program yang lebih menjurus kepada motivasi kepada ibubapa untuk membantu guru mencapai keputusan cemerlang semasa peperiksaan PSRA pada bulan Ogos nanti.


Saguhati dari pihak sekolah


Mendapat kerjasama dari murid


Dr. Robiah duduk bersama Guru Besar SRA Sementa


Bacaan doa oleh Ustaz Yazid


Sebahagian Ibubapa yang hadir


Pelajar bersama ibubapa


Khusyuk mendengar ceramah


Terima kasih kepada semua yang terlibat... Satu program yang berjaya....






Sabtu, 6 Februari 2010

Kursus Email untuk Guru Agama Klang

Hari ni aku menjadi fasilitator kepada kursus email yang berlangsung di Prescot Hotel Klang. Terdiri daripada Guru Besar dan Ketua Guru KAFAI seluruh Daerah Klang. Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan...

























Ahad, 22 November 2009

MLM kaya atau menganiaya kawan...?

Mula-mula aku nak mintak maaf pada semua... aku bukan bertujuan untuk menjatuhkan atau menyokong atau mengaibkan sesiapa... sekadar menulis untuk melepaskan perasaan yang dah lama bersarang... aku tidak bermaksud "potong rezeki" kawan.. aku tetap percaya yang rezeki Allah tetap akan beri kepada hambaNya yang rajin berusaha selagi terdaya di bumi ini.

Sepanjang tahun ini, aku kerap didatangi oleh kawan2 yang dah lama tak jumpa ajak aku minum2 (ngeteh... kata orang jawa..!!) Dalam perjumpaan tu, ada beberapa orang yang aku memang lansung tak kenal, tapi aku wat do no je... Sambil mengukit cerita lama, kebanyakan mereka bercerita tentang MLM.. aku sebenarnya dah lama tak amik port pasal MLM... bila diorang dah start bukak cerita pasal satu perniagaan oleh satu syarikat MLM yang popular nih, berjela la penerangan diorang terhadap aku. Mula-mula diorg tunjukkan gambar diorg bersama deretan kereta-kereta besar yang sengaja disusun bersebelah-sebelah, ada yang bukan 1, sampai 4 pun ada.. paling cikai aku tengok pun Perdana V6... abis tunjukkan gambar kereta, diorg tunjukkan gambar beramai seolah-olah macam rombongan ke luar negara. HongKong, Taiwan, Jepun dan macam-macam lagi. Habis part tu, diorg tunjukkan plak bbrapa salinan cek yang mencecah ribuan ringgit... rupanya aku dah masuk dalam "kelas" penerangan syarikat MLM diorang... dengan hanya makan sebakul keropok lekor sejuk ditambah dengan air kopi Radix "O", dalam tempoh 2 jam aku selesai mendengar hujahan mereka tanpa aku merespon apa-apa... Dalam tahun nih, aku dah dengar 3 kali cerita yang sama... dan dari tahun lepas, aku jumpa lagi makcik pakcik aku yang join syarikat nih, tapi tak kaya macam diorg pun... menanggung sengsara lagi ada...

Macam aku cakap awal2 tadi, aku bukan nak mengutuk atau nak musnahkan rezeki kawan2.. tidak sama sekali... diorg dah berjaya dalam hidup kerana jalan yang mereka jumpa dan usaha sendiri, maka diorg patut dapat hasilnya. Cuma bila kawan2 ajak aku join sama, aku fikir banyak kali...

pertama yang aku nampak, mereka mengejar KAKITANGAN AWAM kerana golongan ini mudah nak buat loan samada peribadi atau sebagainya untuk start program. Pinjaman plak oleh memakan masa lama sehingga 10 tahun bayaran balik dan bayangkan sekiranya seorang kakitangan awam meminjam bank sebanyak RM20,000....

kedua, sepanjang "kelas" itu, setelah seseorg itu join, mereka akan dapat barang. Tapi, mereka bersungguh-sungguh mengatakan "kita tak perlu jual barang.." "habih tu...?" "barang yang ko dapat nanti ko simpan.. apa yang ko perlu buat, lepas join, ko lepak2, ko call kawan2 sambil minum2, ko panggil kitorg, kitorg datang cerita mcm ko skang nih.. kita nak kasi peluang pada kawan2 kita... itu jer.. Ko dapatkan 3 orang yang sama starting join mcm ko nih, pada masa 3 bulan, kalo org tu bawak lagi kawan2 dia, cukup downline bawah ko, ko akan dapat maintain mcm kitorg dapat nih..." "tapi kalo ko nak jual barang pun boleh... samada ko guna sendri atau ko jual kat sedara mara ko... bayar bulan2... ko bleh tampung bayaran balik pinjaman ko tu...."

Aku tak terus join.. (sampai skang pun aku tak join..) aku ada pelbagai persoalan dalam hati.. aku nak berniaga, aku injam duit dari bank, dapat barang, tapi aku tak jual barang tu... aku carik orang pastu aku suruh orang tu pinjam kat bank jumlah yang sama aku pinjam.. ibaratnya: aku nak jual gula. Aku pinjam kat bapak aku RM100 jualkan seguni gula bapak aku tapi aku tak jual gula. Aku ajak 8 orang kawan yang sama nak jual gula dan buat benda yang sama. akhirnya bapak aku bagi upah kat aku sebab bawak orang jualkan gula bapak aku. Gula seguni tadi aku simpan dalam stor.

Lagi, akulah orang yang menyebabkan downline aku tu nanti meminjam. Sepatutnya modal berniaga barang, tapi modal aku dapat untuk membuat orang meminjam...

aku surfing kat intenet, dapatlah nih :

1. Sesuatu perniagaan yang dijalankan itu sekiranya ada unsur-unsur perjudian, penipuan,
penindasan dan lain-lain ia adalah haram dari segi syarak.
sumber : http://www.muftiselangor.gov.my/SoalJawabAgama/Muamalat/SoalJawabMuamalat5.htm

http://www.zaharuddin.net/content/view/567/100/

Jadi... bak kata Nabil.. " Kita Fikirlah Sendiri.... Assalamualaikum."

Sabtu, 29 Ogos 2009

KISAH ARAK

Arak disebut dalam Bahasa Arab ialah "khamar" yang bererti menutupi. Arak telah lama diketahui sebagai minuman yang memabukkan dan banyak menjadi punca kepada pelbagai perkara buruk dan merosakkan akhlak.

Aku teringat semasa belajar pengajian Islam dahulu, ada belajar tentang ayat Nasah Mansuh. Ia bermaksud ayat Al-Quran yang turun kepada Nabi S.A.W terkemudian adalah memansuhkan hukuman yang terdahulu dari satu aspek-contohnya ARAK.

Kisah arak telah wujud pada zaman Nabi S.A.W lagi. Pada Zaman Arab Jahiliyyah, arak ialah hidangan biasa bagi orang Arab. Erti kata lain, asalnya arak tidak haram sehinggalah diceritakan Al-Quran mengenai pengharaman arak dalam Surah Al-Baqarah ayat 219, maksudnya :

" Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir."

Selepas ayat ini diturunkan, masyarakat Arab Jahiliyyah masih lagi kerap menjadikan arak sebagai hidangan. Kemudian, Allah SWT turunkan ayat yang kedua berkaitan arak untuk menjauhkan arak.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hinggalah kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan janganlah kamu pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja-hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah-debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun."
- Surah An-Nisaa' : 43

Ayat yang pertama di atas menunjukkan kenyataan bahawa arak itu terdapat di dalamnya keburukan atau dosa besar yang dilakukan walaupun ada manfaat, tetapi manfaatnya hanyalah sedikit berbanding keburukan yang ada di dalamnya. Ayat yang kedua pula, Allah SWT melarang bersolat sekiranya masih dalam keadaan mabuk. Ayat yang kedua ini telah memansuhkan hukum arak yang pada asalnya ada manfaat pada ayat yang pertama tadi.

kemudian, orang arab sudah tidak meminum arak lagi hanya kerana hendak bersolat. Apabila telah selesai bersolat, mereka kembali meminumnya seperti biasa. Akhirnya, Allah SWT telah menurunkan ayat mengenai pengharaman arak.

" Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
- Surah Al-Maidah : 90

Maka, ayat yang kemudian diturunkan ini telah memansuhkan hukum arak di ayat yang kedua dengan Allah SWT melarang terus manusia meminum arak kerana ia adalah perbuatan keji dan amalan syaitan.

Dan dalam hukuman jenayah syariah, orang yang meminum arak hukumannya adalah sebat tidak kurang dari 40 sebatan dan tidak lebih dari 80 sebatan. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ali Bin Abi Talib :

"Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah s.a.w. dan inilah yang paling aku suka”

Sudah terang lagikan bersuluh. Memang hukuman dalam Islam adalah SEBAT bagi mereka yang minum arak. jadi, syabas kepada Mahkamah Syariah di Negeri Pahang yang telah menjatuhkan hukuman sebat ke atas wanita yang bernama Kartika. Syabas juga kepada Kartika yang memang mengaku kesalahan yang dilakukannya itu. Syabas juga kepada Dato' Dr Hasan Ali yang mengembalikan hak Amar Makruf Nahi Mungkar kepada pegawai dan jawatankuasa Masjid di seluruh Negeri Selangor untuk menangkap mereka yang membeli, menjual dan meminum arak. Inilah satu langkah berhemah yang paling ideal. Harap mahkamah di Selangor dapat melaksanakan hukuman yang sama macam mahkamah di Pahang.

Isunya orang Islam dengan mudah mendapatkan minuman "air kencing syaitan" tu di mana-mana. Ini melibatkan undang-undang di PBT pulak. Kuatkuasakan arak hanya boleh di dapati di kedai yang bertulis " KEDAI UBAT DAN ARAK " sahaja. Ia dimiliki oleh orang bukan Islam. Kedai-kedai biasa terutama kedai serbanika yang beroperasi 24 jam tak payah jual arak. Pegawai-pegawai Penguatkuasa Agama Negeri standby pantau kedai arak tu. Siapa orang Islam yang beli dan minum, sebat. Kan Senang...!!!

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys