2008 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Isnin, 15 September 2008

Anak-anak Kita

Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera...

Hampir sebulan aku tak dapat menulis dan menaip di blog aku sendiri nih... Maklum, tugasan sebagai seorang guru yang tak menyempatkan aku menitipkan sesuatu yang baru di sini. Lagipun, takder aper2 yang baru untuk diperkatakan sekarang. Terima kasih kepada mereka yang membaca, melayari, melawati dan memberikan komen.

Cuma, baru-baru ni, anak-anak kiter yang berumur 12 tahun telah menduduki peperiksaan getir dalam hidup mereka sepanjang 6 tahun belajar di sekolah rendah : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tak dinafikan, ia satu ujian / peperiksaan yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.. dan ada yang menetapkan pencapaian melalui keputusan UPSR itu nanti, akan meletakkan pelajar tersebut berhak masuk ke sekolah mana yang diperlukan (dan dikehendaki..?). Apapun, syabas dan tahniah kepada pelajar dan guru yang bertungkus lumus untuk memberikan ilmu serta teknik2 menjawab soalan kepada anak2 kita nih. Moga keberkatan ilmu guru dan kesungguhan murid dapat disatukan untuk menjadikan keputusan cemerlang.

Bagi di Selangor, khususnya murid yang belajar di sekolah agama, mereka akan menghadapi satu lagi ujian. Iaitu Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Maknanya, bagi mereka tahun 6 yang beragama Islam, yang bersekolah agama, mereka ada 2 peperiksaan dalam bulan ini. Kesian mereka. Apapun, itulah pengorbanan namanya. Selagi nama pelajar, memang perlu banyak menghadapi ujian untuk menilai sejauh mana kemampuan ilmu yang kiter dapati disamping mempertingkatkan potensi diri.

Apa yang aku nak cerita adalah, peperiksaan ini (PSRA) adalah untuk melayakkan anak2 kiter melanjutkan pelajaran peringkat menengah di semua Sekolah Agama Menengah (SAM) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sekarang ini sudah menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bagi anak2 yang ingin masuk ke sekolah ini, mereka perlu menduduki PSRA dan lulus dengan cemerlang. Ini bermaksud anak2 perlu mendapatkan peratus pencapaian sekurang-kurangnya 85% untuk gred "jayyid jiddan". Aku faham, ini bukan hendak menyekat, tetapi permintaan penjaga dan pelajar sendiri yang meningkat sejak kebelakangan ini. Mereka mengharapkan dapat pendidikan yang seimbang dari duniawi dan ukhrawi. Betul, Sekolah Agama (SABK) mempunyai subjek pendidikan yang sama denga sekolah menengah lain, cuma tambahan subjek agama.

Tapi permintaan dan situasi berikut tidak dimulakan dengan bersungguh-sungguh dan juga tidak memberi penekanan yang kuat daripada penjaga sendiri. Mereka mahukan anak2 mereka masuk ke sekolah agama, tetapi penjaga tidak memberi penekanan yang kukuh (macam UPSR) untuk PSRA. Akibatnya, anak2 mendapat keputusan hanya 60% ke 70% (hanya gred jayyid) atau 40%-50% (gred makbul). Memang dah sah-sah pihak JAIS akan menolaknya kerana tidak layak masuk ke sekolah tersebut kerana keputusan yang rendah. Pihak JAIS mungkin terpaksa buat bagitu kerana terpaksa menjaga kualiti subjek dan pentadbiran sekoleh agar terus hanya mereka yang betul-betul berminat untuk mendalami ilmu agama.

Itulah, kita kena perlu fikirkan terutama penjaga/ibubapa.. jangankan sampai dah keluar keputusan, barulah kiter sebagai ibubapa, nak "panjat" pejabat JAIS untuk merayu sambil membawa tandatangan sokongan dari wakil rakyat....

Rabu, 20 Ogos 2008

Kebanggaan Negara

Salam.....

Dah hampir 2 minggu aku tak dapat menitipkan tulisan aku kat blog aku nih... kesibukan aku menyebabkan aku sebegitu rupa... minggu lepas, aku diarahkan untuk hadir berkursus di tempat latihan tetap oleh majikan aku.. kursus memakan masa selama 4 hari 3 malam.. berbeza dengan kursus2 lain yang pernah aku hadiri, ianya satu kursus yang memang aku nanti2kan kerana aku tak dapat berpeluang mengikutinya tahun lepas bersama rakan2 aku yang lain.. Untuk makluman, sepatutnya aku diarahkan berkursus pada disember 2007 tapi aku tak dapat ikut kerana isteri aku pada waktu sedang menunggu hari untuk melahirkan 'hero' aku... akhirnya Allah Taala makbulkan hajat aku untuk ikut serta kursus tersebut.. Alhamdulillah...

Ok.. aku taknak cerita pasal kursus tu.. bukan aper.. kursus tu memang best dan kursus paling rileks tanpa tekanan yang pernah aku hadiri... apapun, aku nak ucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pencramah dan fasilitator yang memberikan tunjuk ajar selain rakan2 kursus yang banyak membantu...

Masih tak terlambat au ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada jaguh perseorangan badminton kita, Lee C W kerana menyumbangkan pingat pertama negara dalam Olimpik Beijing tempoh hari. Walaupun, warnanya bukan emas, tapi ia sudah dikira cukup bagus kerana Lee C W tewas kepada pemain No.1 dunia... tahniah Lee C W...

Namun, apa yang aku tunggu2 adalah pelancaran MPV pertama milik Proton... aku sebenarnya adalah pemilik tegar keluaran Proton... daripada SAGA first model (milik ayah aku..) dan kereta pertama yang aku beli adalah Proton Wira 1.5 (second hand..) kemudian aku jual kereta tu dan setelah aku kahwin, aku dan isteri membeli Proton WAJA. Begitu juga dengan kedua orang tua aku. Mereka tak jual SAGA tu, cuma jadi second car family. Mereka juga beli WAJA. kawan2 aku kebanyakkan dari mereka membeli Proton. Persona paling ramai. Keluarga belah mentua aku pun membeli keluaran Proton. Proton SAGA ISwara dan Wira.

Aku memang ada hajat hati untuk memiliki MPV tempatan. seketika dulu, apabila Naza Citra keluar, aku tak dapat memilikinya kerana pada sistem kewangan aku masih belum sempurna dan "membahayakan bajet". Jadi, aku lupakan hajat tu. Walaupun, ramai yang dah mampu milik. Banyak orang pakai kat jalan sekarang nih.. Sekarang, apabila Proton bercita2 untuk melahirkan MPV, hati aku berkobar2 kembali. Namun, pelbagai persoalan dalam benak aku... biasalah... rupa, enjin, ruang dalam, minyak, "mata' yang cantik tak, dan macam2 lagi lah....
aku rasa semua orang tanya benda yang sama... walaupun orang tak sama...

Namun, seperti bakal pembeli yang lain, aku harapkan Proton mempertimbangkan beberapa ciri mesra pengguna dan situasi menang-menang... Proton perlu meningkatkan keupayaan enjin CAMPROnya.. 1.8L dan 2.0L sesuatu yang patut dibanggakan. Proton juga boleh memikirkan untuk menggunakan sumber bahan api terhadap kedua2 variasi enjin itu samada petrol, diesel atau pakej NGV. Proton tak perlu risau tentang kerugian kerana dalam keadaan sekarang, ketiga-tiga sumber bahan api tersebut mempunyai "peminat" tersendiri. Enjin yang berkuasa dan yang paling penting kepada bakal pembeli-penjimatan minyak yang banyak-membantu peningkatan jualan Proton.

Proton perlu juga menitikberatkan aspek keselesaan ruang dalaman terutama tempat duduk. "Leather Seat" mempunyai banyak kelebihan berbanding kusyen. Ruang belakang sebagai tempat penyimpanan barang, perlu diambil kira. (jangan sampai kepala kerusi belakang "tercium" cermin belakang). Rekabentuk "dashboard" yang futuristik mampu memikat bakal pembeli yang muda dan yang baru hendak berkeluarga. Cantik dalaman dan keselamatan penumpang perlu diselarikan dengan pemasangan "airbag" sebagai memenuhi kriteria keselmatan dunia.

Kemudian, ia disusuli dengan penambahan akssesori seperti CD/VCD/DVD/MP3 ditambah dengan monitor dibahagian tengah, memang MPV Proton akan hangat..!!!

Apapun, aku dan bakal pembeli yang lain menunggu bilakah saatnya itu... Cuma yang merisaukan bakal-bakal pembeli adalah.... Janganlah sesudah 3 bulan sampai ke tangan pembeli sesudah menempahnya, terpaksa ke kilang semula kerana ada "something wrong...."...
MERDEKA..!!MERDEKA..!!! MERDEKA...!!!

Ahad, 3 Ogos 2008

"GONG Lama Repair AJE.."

Aku tak pandai nak mulakan cerita dengan ayat yang berbunga-bunga.. dan aku sebenarnya pun tak pandai nak susun ayat macam penulis-penulis di surat khabar.. sebab tu kemudahan blog nih amat menyenangkan aku untuk aku melepaskan bukuan aku dalam dada... so, aku mintak maaf kalau aku tak dapat susun kata dengan elok....

aku jadi pelik dan makin tak faham dengan keputusan FAM sehari dua nih..? Apa..? Tak der awang import musim depan...? EN KHAIRY kata ianya keputusan sebulat suara ahli-ahli gabungannya... aku pun tertanya-tanya... ahli gabungannya tu takder wakil dari peminat-peminat ker..?

Lagi katanya, pemain import yang masuk main kat LIGA M nih takder kualiti... gagal memberikan impak kepada prestasi pemain tempatan... la... Iyer...? ok lah.. dah muktamad la yer..? dah tak bleh patah balik..? dah tulis dalam minit mesyuarat la nih.... ?

camner aku nak kata ye..... selalunya kiter dalam seharian terutama orang yang memegang kuasa, jarang dan adakalanya kerap kali gagal dalam mendengar hati dan pandangan orang bawah.. dalam kes bolasepak-peminat. Peminat mahukan satu ajer... pasukan kebangsaan MENANG dalam semua game... diorg main cantik ker, kawal 90 minit permainan ker, dapat serap tekanan ker... itu no 2. yang penting resultnya = MENANG. team kampung pun, kalau main dan menang 1-0 tiap kali main, org kampung akan anggap team tu hebat... Lawan ngan chelsea baru2 nih... "pengajaran"lah.. "pengalaman" lah... sampai umur nak pencen dan gantung but pun bleh kata perlawanan dengan kelab gergasi nak ambil pengalaman...

apa yang FAM bleh pikir balik iyerlah... mantapkan persaingan LIGA M, terlalu banyak pertandingan yang melibatkan pasukan yang bertanding.. bukan masalah pemain import... Tetapkan saingan Liga Super mesti gabungan pemain senior, 3 org bwh 23, 3 org bawah 21 dan sekurang2nya 1 orang pemain remaja yang dipilih oleh keua jurulatih setiap pasukan. Begitu juga dengan saingan PIALA MALAYSIA. gunakan formula yang sama. orangnya? terpulang kepada jurulatih dan manager pasukan masing2. untuk bawah 23, 21 dan lain-lain adalah dalam PIALA FA. Ketua Jurulatih Kebangsaan bersama-sama pengurus pasukan kebangsaan memantau semua pemain dari senior sampai la ke remaja.. pasukan kebangsaan plak banyakkan perlawanan kompetetif dan persahabatan di peringkat antarabangsa. takderla asyik kesuntukan masa jer... dan baru jadual kiter tak padat...

bagi aku, pemain import memang patut ader... sebab contoh sebagai penjaga gol, import adalah orang yang berpengalaman dan pernah bermain di peringkat tinggi. so, keeper berhadapan dengan seorg penyerang yang hebat. sekiranya dia boleh mengekang asakan atau percubaan penyerang, dia telah menimba pengalaman yang berguna. Buktinya, keeper helmy heliza masa lawan chelsea. langsung tak gugup dan aku rasa dia dah capai tahap world. cuma, dia perlu banyak perlawanan kompetetif luar.

tu la.. aku tak nampak pemain import masalah utama. kalau ader pemain import yang problem, itu adalah kesilapan dari pasukan berkenaan dan FAM perlu campur tangan. masa ada pemain import, ranking kiter jatuh... takder pemain import pun, ranking kiter jatuh.. laaaaagi teruk!!

Khamis, 24 Julai 2008

Bertemu di hujung dahan....?

Heboh cerita mengenai UMNO bermuzakarah dengan PAS dalam membincangkan kedudukan orang melayu dan agama Islam yang kata UMNO sudah semakin berpecah belah...

Kita semua tahu.. UMNO adalah parti yang bertunjangkan semangat bangsa Melayu kerana keperitan bangsa Melayu dahulu dalam melawan penjajah. Kerja UMNO selama 50 tahun ( atau mungkin lebih...) dapat diakui sebagai sebuah parti kebangsaan yang bertahan lama dan menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Manakan tidak, ia mampu menunjangi Barisan Nasional menjadikan sebuah negara yang semakin maju dan progresif. Berbanding dengan negara-negara luar yang asyik bertukar parti dan corak kepimpinan, Malaysia masih stabil.

PAS pula sebuah parti berteraskan ISLAM. Sebuah parti politik yang telah lama menjadi pembangkang dalam parlimen Malaysia semenjak dari kemerdekaan lagi. PAS juga telah membuktikan yang mereka bukan sahaja pembangkang, tetapi mampu mentadbir sebuah negeri yang kekal bertahun lamanya dibawah kepimpinan Dato' Nik Aziz di Kelantan. Ditohmah dan dijolok dengan pelbagai agenda pada PRU12 lalu. Namun, kepimpinan ulama ternyata tak mampu digugat, malah semakin kukuh.

Mungkin kita sebagai rakyat Malaysia, hampir melupakan pelbagai analisis PRU12 yang lalu. Ramai yang memberikan pandangan. Dr. - Dr. , pensyarah-pensyarah, tokoh-tokoh malah rakyat sendiri. Tapi aku masih ingat. Malaysia mungkin akan menghadapi suasana politik baru dan mungkin juga cara pentadbiran yang baru. Iaitu Kerajaan Campuran. Dengan situasi 'muzakarah' UMNO-PAS baru-baru ini, angin bertiup kencang dengan PAS dijanjikan jawatan-jawatan tertinggi sekiranya PAS menerima 'pelawaan' UMNO.

Aku sebenarnya sokong sekiranya adanya pertemuan dengan dua parti yang telah lama "bemusuh" ini. Dan aku tak nak ulas mengenai "hidden agenda" samada UMNO atau PAS. Ramai kata UMNO hanya nak alatkan PAS untuk meninggalkan Pakatan Rakyat sebab suasana politik Malaysia sebegitu rupa sekarang. Pakatan Rakyat sebenarnya sedang mencari kekuatan bersama. Dan kononnya sebelum kekuatan itu terbina, UMNO mesti menghalangnya dengan mengalihkan tumpuan PAS daripada Pakatan Rakyat. Aku tak mahu sentuh itu.

Aku akan setuju sekirannya mereka bertemu untuk sama-sama mengukuhkan bagaimana Islam semakin maju dan berkembang dan menyelesaikan masalah berkaitan sosial remaja, anak-anak muda, sumbang mahram, bunuh diri, culik budak dan sebagainya. Bincang bagaimana masjid dijadikan tempat lebih meriah dengan aktiviti keagamaan dan khidmat sosial. Bincang bagaimana mendidik rakyat dalam mengawal situasi hidup yang tertekan dalam konteks agama. PAS memberikan pandangannya dan hujahnya. UMNO memberikan rancangan dan mendengar cadangan orang lain sebagai tunggak pentadbiran negara. Jangan ada perasaan buruk sangka dalam hati dalam "muzakarah' itu. ( walaupun PAS menyebut Muqabalah). Daripada mementingkan kepentingan parti politik masing-masing. Akhirnya rakyat ramai yang menjadi warganegara asing......

Rabu, 23 Julai 2008

Formula Future Kebanggaan Negara

Aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada team Formula Future Negara yang telah menjuarai dan sekaligus mengekalkan title JUARA DUNIA di Itali semalam. Aku bagitau ni.. JUARA DUNIA...!!

Ini bermakna... taraf juara dunia menyamai Nicol David, Roger Faderer, Kimi Raikonnen, Itali, Maria Sharapova, Jerman, Tiger Woods, Valentino ROssi dan semua juara dunia yang ada di dunia...

Syabas dan tahniah aku ucapkan serta ucapan terima kasih kepada pasukan formula future negara yang telah dan semakin mengibarkan bendera dan nama negara.

Tapi, kenapa World Champion Formula Future tidak semeriah Juara Dunia di sukan lain..? Kejayaan team formula future nnegara bukan sekali atau yang pertama kali... Dah 4 KALI..!!! aku ulang.. 4 KALI...

Ok, cuba kita ubah senario ni ke sukan no 1 negara-bolasepak(kononnya..). Katalah... pasukan bolasepak negara telah menjuarai Piala Dunia atau World Cup pada tahun ini dan ini adalah kejayaan ke 4 berturut-turut... apa sambutan menteri-menteri dan pegawai-pegawai kita apabila pasukan tiba menjejakkan kaki di KLIA dengan membawa trofi World Cup semasa turun tangga..? Penyokong menunggu kepulangan wira negara itu sejak dari jam 6 petang lagi walaupun kapal terbang mendarat dijadualkan jam 11.00 malam..!

Berita tentang kemenangan dan kejayaan pasukan negara membawa pulang world cup menghiasi muka depan semua akhbar dalam negara... gambar kapten pasukan negara menjulang piala.. ruangan sukan akan bertambah daripada 4 muka selama ini ke 6 muka.. setiap ruang inci dalam paper diisikan dengan ucapan dan komen dari pemain negara.. pegawai pasukan, pengurus pasukan, peminat, ucapan menteri-menteri, tak kurang juga ada menteri yang akan mengumumkan imbuhan yag bakal diterima oleh wira negara..

Ceritanya tidak habis hari itu, akan bersambung seminggu lamanya ataupun berminggu-minggu, jurulatih, kapten, pengurus pasukan dan pemain terpilih akan dijemput ke semua stesen tv dan radio untuk ditemuramah dengan soalan-soalan yang sama stiap kali dijemput.. "Apa perasaan..?", bagaimana menghadapi situasi berdepan peminat..? dan bermacam lagi..

Kenapa itu smua tidak berlaku pada Wira Negara dari Pasukan Formula Future Negara..?

Khamis, 17 Julai 2008

Apa Nak Di Kata..?

Dua hari lepas, aku baca dari akhbar sinar harian mengenai DSAI. Isinya lebih kurang tentang mengingatkan DSAI agar tidak hanya menumpukan kepada kerusi empuk PM Malaysia. Penulis berkenaan menyatakan bahawa DSAI selaku Penasihat PKR perlu menumpukan tentang hubungan antara pakatan rakyat yang terbentuk di lima buah negeri yang dimenangi sewaktu PRU12 dahulu.

Betul juga pendapat dan pandangan beliau. Ini kerana banyak "rumours" yang tersebar kononnya pakatan rakyat sedang mengalami perpecahan dalaman. Timbul pula cerita yang tersebar melalui email dan SMS yang mengatakan PAS akan mengkaji semula penglibatannya dalam Pakatan Rakyat. Bermula dengan DPPP yang menarik diri daripada terlibat dalam perhimpunan PROTES baru-baru ini kerana ada konsert "underground" yang ditunjangi oleh PKR. Ditambah pula dengan laporan baru-baru ini PAS melalui Presidennya Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang "mempelawa" PM Pak Lah untuk duduk semeja membincangkan tentang kedudukan orang melayu dan agama Islam antara PAS dan UMNO. Kemudian tersebar pula mengenai kononnya perletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang sentiasa tidak sependapat dengan ketua Menteri. Ini ditambah dengan "lauk-pauk" dari Ezam Mohd Nor yang sedang mengadakan road tour nya menceritakan keretakan dalam Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini juga aku terbaca paper kenyataan dari Dato' Seri Dr. Khir ( Ketua Pembangkang Negeri Selangor...) menyatakan Kerajaan Negeri Selangor hari ini hanya menyedok perancangan-perancangan dari pimpinan BN dahulu.

Hmm... aku sebagai rakyat Negeri Selangor dan Malaysia menganggap ini semua adalah cerita yang mempopularkan politik semasa. Aku akui bahawa politik penting untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah negeri dan negara. Tetapi, apabila kita sepanjang masa asyik nak berpolitik tanpa memikirkan kepentingan rakyat, lama-lama rakyat bosan dan mula pening kepala.

Selangor yang baru diambil oleh Pakatan Rakyat sedang dilanda "perbalahan" tidak tahu samada ianya dicipta ataupun benar ia sedemikian rupa. UMNO pula daripada semenjak "tewas teruk" dalam PRU12 yang lepas tidak habis-habis mengenai perebutan jawatan tertinggi, EGM sana sini, menyatakan pembangkang itu-pembangkang ini. Baru-baru ini berkenaan peralihan kuasa yang rakyat melihat ianya "tercuriga" setelah bakal PM yang dijangka diserahkan pada 2010 nanti terlibat dengan pembunuhan model itu dan macam-macam lagi.

Di hati rakyat sekarang ini adalah bukan itu semua. Mereka ingin melihat kerajaan yang mereka undi memajukan dan meningkatkan ekonomi rakyat dan membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah. Hampir semua akhbar seminggu dua ini menyatakan tentang politiking dan isu yang boleh menjual akhbar mereka. Isu peralihan, liwat, akuan bersumpah, kehilangan saksi utama, lompat parti. Lagi hangat cerita debat antara Menteri Penerangan dan Penasihat PKR malam kelmarin.

Nampaknya perubahan yang rakyat mahukan selepas pilihanraya masih belum menjelma dan masih kelamkabut. Mungkin masih baru dan belum beberapa tahun. Aku faham itu. Untuk menjadi seperti Selangor dan Malaysia sekarang ini, ia mengambil masa yang lama. 50 tahun selepas kita merdeka. Tapi sekurang-kurangnya dalam keadaan sekarang, cara yang lebih berkesan untuk sentiasa kekal dalam keamanan adalah.... jumpa rakyat yang mengundi selalu... tak perlu membuat perubahan yang terlalu drastik. Aku rasa dengan cara itu, rakyat akan melupakan kisah yang "hangat di pasaran" sekarang.

Selasa, 15 Julai 2008

Kontrak Kita

Dua hari lepas, aku baca artikel dalam website mantan PM, Tun Dr.M. yang menceritakan tentang sejarah bagaimana sesuatu yang dinamakan kontrak sosial terjadi.

hm... aku rasa,, aku tak payah nak memanjang-manjangan cerita pasal ni. Aku ucapkan terima kasih kepada Tun kerana sudi menulis tentang kontrak sosial ni. Bagi aku, beliau memang layak menerangkan kepada semua tentang kontrak sosial. Aku rasa korang semua boleh baca kat web Tun sendiri mengenai kontrak sosial itu.

Seseorang rakyat (macam aku) yang amat mencintai negara sendiri dan seharusnya (wajib..) mencintai negara sendiri, kena lihat perkara ini. Untuk makluman semua, Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Satu-satunya negara di dunia yang rakyatnya hidup pelbagai kaum, etnik, budaya, ideologi dan macam-macam lagi, tetapi boleh hidup dalam aman dan tenteram di mata negara lain. Kunci keamanan itu adalah perpaduan dan kefahaman kita untuk menjaga ketenteraman dalam negara. Aku percaya, semua rakyat tidak mahu negara porak peranda dan hidup susah macam zaman penjajahan dulu. Sebab itu, Atok-atok dan nenek-nenek kita tak jemu-jemu ceritakan kesusahan mereka pada waktu itu. Kita pulak jemu-jemu mendengar kisah sejarah mereka. Kesian mereka... !!

Bagi aku, anak-anak muda (macam aku) kena tahu dan wajib memahami sejarah pembentukan negara ita. (dulu subjek sejarah dalam SPM aku pun ngam-ngam jer....) Sekarang ni kita dah ada PLKN yang mendapat sambutan hangat. Memang la hangat sebab mereka diwajibkan dan termaktub dalam akta. Itu program untuk bebudak yang lepasan SPM yang menunggu keputusan mereka. Aku memang setuju sangat mereka dibuat sebegitu. Tapi program tu tak lama. Hanya beberapa bulan. Lepas tu, diorang..?

Pandangan aku camni... minta kerajaan fikirkan tentang satu program ala-ala PLKN yang khusus untuk mereka yang berumur 21 tahun. camner..? mereka "grade" ajer dari Universiti atau kolej, atau rakyat malaysia yang cukup mencapai umur 21 tahun, pergi ke program tu untuk mengenal betul-betul sejarah negara. tak lama... aku cadangkan seminggu untuk satu sesi pengambilan. Isinya..? ada tanggungjawab rakyat kepada negara, kerajaan kesultanan tanah melayu, penjajahan british ke tanah melayu, penjajahan jepun ke tanah melayu, kemerdekaan negara, pembentukan negara dan lain-lain yang difikirkan ada kaitan TANPA UNSUR POLITIK..!!! memang betul tajuk-tajuk tu ada belajar masa kita di sekolah menengah dulu, tapi korang masih ingat ker..? lagipun ianya tak dibincangkan secara lebih mendalam.

Itulah pandangan aku. Korang boleh fikirkan dalam benak hati korang sendiri dan kalau nak terima dan boleh difikirkan, ambiklah.. kalau taknak, takpe... aku tak paksa...

Isnin, 14 Julai 2008

Salam Pengenalan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam Sejahtera kepada semua pelawat-pelawat...

Aku perkenalkan blog aku. Hari ini dalam sejarah aku sendiri kerana aku telah diterima sebagai penulis blog dan blog yang aku namakan "asampedasikanpari" ini adalah untuk semua orang yang sudi menerima dan mengomen pandangan aku sendiri berdasarkan pembacaan aku. Kenapa "asampedasikanpari"..? aku suka makan lauk tu ...!!!

Aku akan cuba memberikan seberapa banyak maklumat untuk dikongsi bersama. Lagipun aku bukan orang besar manapun. Cuma aku bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini, memberikan kebebasan untuk meluahkan apa yang biasanya terbuku di "kepala hotak" aku ketika ini.

Hmmm... Aku cuba buat yang terbaik... Dan aku tak terhadkan topik2 aku.. aku rasa aku akan bebas "menaip" apa saja perkara ikut suka aku.. Biarlah orang kata aku syok sendiri.. Yang penting hati aku tak sakit.. Doktor-doktor kata, kalau ada perkara yang selalu simpan dalam "hotak" dan hati, ia adalah perkara awal mendapat sakit jantung..!! Wah..!!! Aku tak nak sakit jantung..!!

Anyway... aku akan cuba juga update blog nih sekerap yang boleh.. ikut kemampuan aku...

SO. jumpa lagi....

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys