asampedasikanpari: ko-kurikulum

nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ko-kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ko-kurikulum. Papar semua catatan

Ahad, 20 Mei 2012

Senarai tugas pembentukan jawatankuasa


Tugas guru tudak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Perkembangan sahsiah dan sokongan melalui beberapa program adalah juga sebagai pembelajaran bagi murid. sebagai contoh, pelaksanaan program kursus kepimpinan pelajar, program sukan sekolah, program 3K, bulan panitia, ataupun Hari Kecemerlangan Murid dan macam2 lagi.. namun, program tersebut tidak dapat bergerak dengan lancar tanpa kewujudan jawatankuasa yang dianggotai oleh guru.. Program-program ini boleh dikatakan setiap tahun diadnjurkan, tetapi kelancarannya tetap dipertikaikan. kemungkinan ada berlaku pertindihan tugas atau ketidakfahaman sesuatu tugas AJK yang dilantik.

Maka. berdasarkan sedikit kajian, pemerhatian dan pengalaman, saya sertakan senarai tugas jawatankuasa yang dilaksanakan di sekolah untuk dikongsi. Moga-moga dapat membantu melicinkan perjalanan program anda..

PANDUAN
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

1.  PENGERUSI
1.1   Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
1.2   Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. SETIAUSAHA
                2.1 Mengurus surat menyurat
                2.2 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
                2.3 Menyediakan bahan mesyuarat
                2.4 Melantik Fasilitator
                2.5 Menyediakan Laporan

3. PENOLONG SETIAUSAHA
                3.1 Mencatat Minit Mesyuarat
                3.4 Menyediakan dokumentasi
                3.5 Membantu penyediaan bahan-bahan yang diperlukan
                3.6 Mendapatkan gambar-gambar

4. BENDAHARI
                4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan
                4.2 Membeli bahan cenderahati
                4.3 Mengurus tuntutan kewangan
                4.4 Mengurus tuntutan bil-bil perbelanjaan

5. PENYELARAS PROGRAM
                5.1 Menyelaras perjalanan program dari masa ke semasa
                5.2 Memberi taklimat kepada AJK, Murid & Fasilitator
                5.3 Membahagikan murid mengikut kumpulan

6. URUSETIA
                6.1 Menyediakan dan menyusun bahan kursus
                6.2 Membanyakkan bahan kursus
                6.3 Mengedarkan bahan kursus
                6.4 Menyediakan segala keperluan kursus

7. PENGACARA MAJLIS
                7.1 Menyediakan teks ucapan perasmian penutup program
                7.2 Mengacarakan majlis perasmian / penutupan

8. BACAAN DOA
                8.1 Menyediakan teks doa Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
                8.2 Membaca doa di majlis perasmian / penutupan

9. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
                9.1 Membuat draf isi kandungan buku program
                9.2 Menyediakan pamphlet yang berwarna untuk tetamu kehormat
                9.3 Membanyakkan dan mengedarkan buku program
10. JAWATANKUASA PENDAFTARAN
                10.1 Menyediakan segala keperluan pendaftaran
                10.2 Melakukan pendaftaran murid, AJK, Guru & Fasilitator
                10.3 Mengedarkan buku program
                10.4 Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha

11. JAWATANKUASA PERSIAPAN
                11.1 Menyediakan tempat program
                11.2 Memastikan kebersihan sebelum dan selepas program
                11.3 Menyusun kerusi dan meja
                11.4 Menyusun atur peralatan program

12. JAWATANKUASA TEKNIKAL, P.A SISTEM & ICT
                12.1 Menyedia dan mengurus P.A Sistem
                12.2 Menyediakan peralatan ICT
                12.3 Mengurus permasalahan yang berkaitan teknikal program, P.A Sistem dan ICT

13. JAWATANKUASA JAMUAN
                13.1 Menyediakan menu jamuan peserta, guru & VIP
                13.2 Memastikan jamuan peserta, guru & VIP mencukupi
                13.3 Menyediakan tempat & susun atur jamuan sesuai
                13.4 Menyediakan jamuan VIP
                13.5 Memastikan tempat jamuan bersih sebelum & selepas program

14. JAWATANKUASA SIJIL ,  HADIAH & CENDERAHATI
                14.1 Menyediakan set cenderamata untuk perasmi
                14.2 Menyampaikan sijil, hadiah & cenderamata selepas perasmian
                14.3 Menyiapkan sijil para peserta dan AJK sebelum program berakhir
                14.4 Mengiringi Bendahari menentukan dan membeli hadiah & cenderahati
                14.5 Membawa hadiah perasmi semasa balik.

15. JAWATANKUASA KESELAMATAN & KEBERSIHAN
                15.1 Mengawas keselamatan kawasan dan kenderaan
                15.2 Memastikan kebersihan di semua kawasan

Khamis, 7 Julai 2011

aktiviti ko-kurikulum

Pembentukan Aktiviti Ko-Kurikulum

Asasnya, kegiatan ko-kurikulum dibentuk hasil daripada Laporan Jawatankuasa kabinet 1979 yang dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Bin Mohamad ketika itu sebagai Menteri Pendidikan. Laporan tersebut tidak hanya menitiberatkan kepada kemahiran asas 3 M (membaca, menulis dan mengira) sahaja tetapi turut menumpukan kepada pembentukan insan dan kemanusiaan agar keseimbangan melahirkan masyarakat yang menyumbang kepada tenaga mahir negara. Ia kemudiannya dikukuhkan dalam pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) tahun 1988. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia, Ko-kurikulum adalah aktiviti pembelajaran yang menyediakan pelajar dengan pembelajaran menggunakan pengalaman Ia juga adalah satu aktiviti di luar bilik darjah secara tidak formal bagi membantu mengukuhkan aktiviti kurikulum yang berlaku dalam bilik darjah. Akiviti ko-kurikulum lebih menekankan kepada aspek yang tersembunyi seperti bakat, nilai, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaanya, aktivit ko-kurikulum dilakukan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah seperti waktu petang ataupun hari Sabtu. Aktiviti ini melibatkan kelab, persatuan dan sukan. Kewujudan ko-kurikulum adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan ke arah memperkembangkan potensi individu bagi mewujudkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dengan itu, aktiviti ko-kurikulum akan dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman bagi menyeimbangkan potensi individu selain mewujudkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.

CIRI-CIRI AKTIVITI KO-KURIKULUM

John H. Holloway, konsultan dalam Educational Testing Services (ETS), di Princeton, New Jersey mempercayai bahawa kegiatan aktiviti ko-kurikulum akan menjadi lebih bermakna, penting dan berguna terutamanya kepada pelajar yang kerap menimbulkan masalah seperti ponteng sekolah, kumpulan etnik minoriti dan pelajar yang kurang upaya. Beliau juga menyatakan pelajar-pelajar terbabit akan mendapat “self-esteem” atau sanjungan diri yang tinggi apabila mereka melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Ada beberapa ciri aktiviti ko-kurikulum menurut pandangan beliau iaitu :

1. Penyertaan murid adalah bebas.

Penglibatan atau penyertaan murid dalam bidang ko-kurikulum sepatutnya menjadi kebebasan mereka untuk memilih apakah aktiviti yang mereka gemari, termasuk sukan, koir, pementasan atau sebagainya. Penyertaan sebegini memberi ruang seluas-luasnya murid itu membentuk peribadi sendiri mengikut kebolehan dan bakat semulajadi dalam dirinya. Guru pada ketika ini hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara atau juga sebagai pakar rujuk untuk membantu murid mencapai matlamatnya.

2. Persediaan Ke Masa Hadapan

Mary Malahy (2011) menyatakan aktiviti ko-kurikulum adalah persediaan murid untuk masa hadapan. Sekolah atau di universiti perlu melatih pelajarnya dalam konteks pendidikan yang menyeluruh dan seimbang. Aktiviti ko-kurikulum sepatutnya membentuk murid-murid sebagai penglibatan awal mereka dalam sukan, peningkatan kemahiran belajar, hormat-menghormati, kepuasan dan kesanjungan serta bersikap jujur dan amanah. Ini terjadi apabila murid-murid terbentuk di dalam kumpulan dan belajar melalui pengalaman berorganisasi. Pengalaman ini penting terutama apabila mereka nanti masuk ke alam pekerjaan yang mereka akan gunakan apa yang mereka pelajari di sekolah atau di universiti.

3. Aktiviti di Luar Waktu Pengajaran dan Pembelajaran

Sesuai dengan maksudnya yang tersendiri, ko-kurikulum mestilah dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti sokongan selain daripada aktiviti kurikulum di kelas. Sebagai contoh ia dilakukan dalam waktu senggang murid itu.

4. Penyertaan Tidak Diberi Gred

Kegiatan aktiviti ko-kurikulum adalah berlainan dengan kegiatan akademik di dalam kelas. Murid-murid sebenarnya telah bekerja keras mencapai keputusan akademik semasa di dalam kelas. Pencapaian akademik seseorang murid memang hanya bergantung kepada penilaian samada dalam ujian atau peperiksaan yang ditentukan dalam gred. Seharusnya, mengikut Holloway, ko-kurikulum tidak perlu diberikan gred dalam setiap penyertaan kerana ia boleh merosakkan prestasi keseluruhan murid-murid dalam membentuk potensi individu yang seimbang. Ia perlu diberi kebebasan agar boleh mendapat manfaat dan pengalaman sendiri.


Rujukan :

John H. Holloway, Extracurricular Activities: The Path to Academic Success?, 2000, Educational Leadership, ASCD, United State of America, http://www.ascd.org/publications/educational-leadership/dec99/vol57/num04/-Extracurricular-Activities@-The-Path-to-Academic-Success%C2%A2.aspx

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985, Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1986., Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, Kementerian Pelajaran Malaysia

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2010, Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys