asampedasikanpari: JAIS

nuffnang

Memaparkan catatan dengan label JAIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JAIS. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mei 2014

Tajuk-tajuk untuk Pentaksiran KAFA Menengah Sg Udang

Assalamualaikum wrt wbth..


Ruangan ini adalah rujukan para pelajar KAFA Menengah Sg Udang sebagai persediaan Pentaksiran 1 yang akan diadakan pada 19-23 MEI 2014.

Berikut adalah tajuk-tajuk yang berkaitan tentang matapelajaran TAFSIR QURAN :

Bil
Surah
Ayat
Isi kandungan (Ringkas)
1
Luqman
12-19
Nasihat Luqman Al-Hakim kepada Puteranya
2
Saba’
10-14
Nikmat Allah S.W.T  yang telah diberikan kepada Nabi Sulaiman Alaihi Salam
3
Surah Yaasin
1-6
Kepercayaan kepada kitab Al-Quran dan Rasul
4
Surah An Nas
1-6
Memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan
5
Surah Al-Falaq
1-5
Memohon perlindungan kepada Allah dari segala jenis bahaya yang zahir
6
Surah Al- Ikhlas
1-4
Menjelaskan mengenai sifat dan zat Allah S.W.T
7
Surah Al-Masad
1-5
Perihal Abu Lahab yang memusuhi Nabi Muhammad S.A.W
8
Surah An-Nasr
1-3
Allah menegaskan kepada manusia supaya jangan lalai atau lupa daripada bersyukur kepada Allah
9
Surah Al-Kafirun
1-6
Allah menetapkan dan menyuruh manusia agar tetap dengan mentauhid dan beribadah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi S.A.W
10
Surah Al-Kauthar
1-3
Mengenai perintah mengerjakan solat dan sembeliah binatang korban sebagai tanda bersyukur
11
Surah Al-Ma’un
1-7
Sifat-sifat orang yang mendustakan agama dan hari pembalasan
12
Surah Quraisy
1-4
Kisah kaum Quraisy yang tidak mahu taat dan tunduk kepada Allah S.W.T
13
Surah Al-Fil
1-5
Menyatakan akibat buruk terhadap orang yang merosakkan sesuatu yang mulia disisi Allah SWT
14
Surah Al-Humazah
1-9
Menceritakan tentang keburukan orang yang mencemuh dan memandang rendah orang lain
15
Surah Al-Asr
1-3
Menerangkan tentang kepentingan masa
16
Surah At-takathur
1-8
Allah menegur manusia yang leka dan lalai
17
Surah Al-Qari’ah
1-9
Gambaran mengenai hari qiamat


Soalan-soalan pentaksiran adalah berkaitan dengan tajuk-tajuk tersebut. Semoga beroleh manfaat untuk semua. 

Sabtu, 15 Disember 2012

Konsep Kepimpinan (1)


Menurut pembacaan dari sebuah buku, di sini aku ingin berkongsi dengan rakan-rakan lain mengenai takrifan dan konsep pemimpin dan kepimpinan.

DEFINISI PEMIMPIN:
Pemimpin bermaksud individu dlm satu kumpulan yg mempunyai tugas mengarah, menylaras, memantau laporan yang berkaitan aktivi kumpulannya. Pemimpin juga seseorang yg diiktiraf mempunyai pengaruh, berwibawa & mempunyai kuasa dalam masa jangka pendek dan jangka panjang dalam situasi tertentu.

DEFINISI KEPIMPINAN: 
Kepimpinan adalah gaya seorang seorang pemimpin mempengaruhi ahli kumpulan untuk melaksanakan aktiviti bagi  mencapai matlamatorganisasi yang dikongsi bersama. 

FUNGSI PEMIMPIN :      

1.  Eksekutif          
 Fungsi pemimpin yang pertama adalah berperanan sebagai seorang eksekutif. Fungsi dan tugas seorang eksekutif adalah mengarah, mentadbir, menyelaras aktiviti,membuat pelbagai keputusan,                                                                   mengagihkan kuasa mengikut peringkat pekerja dan orang bawahan,membuat penilaian & perubahan terhadap struktur organisasi dan orang yang dipimpin di bawahnya. 

            2. Perancang        
               Fungsi kedua adalah bertindak sebagai perancang. Ia satu peranan yang penting kerana kejayaan sesbuah organisasi adalah terletak di peringkat perancangannya. Di dalam aspek perancangan, seorang pemimpin mestilah berpandangan jauh, dapat menentukan matlamat sesebuah organisasi, mengenalpasti cara untuk mencapai  matlamat organisai dan berupaya mengawal rancangannya. 

            3. Pembuat Polisi              
              Polisi bermaksud peraturan dan panduan yang perlu diikuti oleh semua ahli di dalam organisasi. Polisi ini termasuk bagaimana cara bertindak, mengurus atau melaksanakan sesuatu aktiviti. Penetapan sesuatu polisi tidak hanya melibatkan seorang individu, bahkan ia boleh dibuat secara berkumpulan dengan kerjasama dari peringkat orang bawahan. 
                                                      
             4. Pakar                  
                Seorang pemimpin dianggap seorang pakar di dalam bidang kepimpinan dan ada kemahiran tertentu. Namun begitu, seorang pakar juga perlukan bantuan dan pandangan dari orang lain terutamanya orang bawahan agar keputusan yang diberikan memberi kesan baik kepada organisasi.
               
             5. Jurucakap         
                 Pemimpin adalah sebagai jurucakap mewakili organisasinya apabila bercakap kepada kelompok / organisasi lain. Beliau juga bertanggugjawab memberi laporan kepada pihak atasan terhadap perkembangan dan isu di dalam organisasinya. 

             6. Pengawal Komunikasi Dalaman              
                Seseorang pemimpin adalah bertanggungjawab mengawal komunikasi antara anggota di dalam organisasinya. Lebih-lebih lagi, dia sebagai pengawal apabila wujud ketegangan atau pertelagahan antara sesama ahli. 

             7. Pemberi ganjaran         
                 Pemimpin adalah orang yang ada kuasa penuh untuk memberi ganjaran kepada mana-mana individu yang layak dan dinilai sesuai. Ganjaran ini termasuklah pujian dan sebagainya yang boleh menaikkan semangat dan motivasi. Begitu juga seorang pemimpin mempunyai kuasa penuh memberikan hukuman, nasihat dan amaran dalam kes-kes tertentu di dalam organisasinya. 

             8. Orang tengah  
                Pemimpin juga berperanan sebagai seorang hakim atau pendamai apabila wujud konflik antara sesama ahli di dalam organisasinya. 

              9. Teladan             
                  Sifat-sifat yang baik untuk diteladani perlu ada sebagai seorang pemimpin. Secara tidak langsung, ia akan  mengajak ahli di dalam organisasi mengikuti dan menghayati teladan dan kelakuan baik yang ditonjolkan. 

             10. Simbol Kelompok          
                   Apabila orang lain melihat seorang pemimpin, mereka telah tahu mengenai corak kepimpinan yang di bawa oleh pemimpin tersebut. Dengan kata lain, orang lain sudah tahu corak pengurusan organisasi yang dibawa oleh seseorang pemimpin itu. 

              11. Ahli Ideologi    
                    Seorang pemimpin harus kerap berperanan melontarkan pemikiran baru  samada dari aspek pengurusan dan juga pengurusan sumber manusia. Ianya sangat bermanfaat kerana ia dapat mempengaruhi perubahan tingkah laku ahli dalam organisasinya. 
                                               
              12. Tokoh Bapa      
                    Seorang pemimpin juga berperanan sebagai tempat mengadu & meminta pertolongan jika ada masalah di bawah kepimpinannya. Ia menjadi tempat menyelesaikan masalah tidak sahaja melibatkan masalah dalam pekerjaan, malah ada kalanya melibatkan masalah peribadi, keluarga dan sebagainya. 

CIRI PEMIMPIN YANG DIKAGUMI
1. mempunyai misi dan visi yang jelas
2. boleh motivasikan orang lain ke arah kecemerlangan
3. bersifat jujur dalam semua hal
4. mengamalkan sikap kepimpinan melalui teladan
5. tegas tapi masih ada humor dalam kepimpinan
6. bersimpati dengan masalah pekerja
7. ada kemahiran interpersonal yg baik
8. berani dalam membuat keputusan dan sentiasa bersedia menanggung risiko

TEORI KEPIMPINAN

Ada 6 teori kepimpinan :

1) Transaksi
2) Transformasi
3) Pengajaran
4) Ikut Situasi
5) Kredibiliti
6) Karismatik



Isnin, 3 September 2012

contoh soalan PSRA 2012


Asalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin.. sambil-sambil menyambut hari raya. jangan lupa murid-murid tahun 6 akan meghadapi 2 peperiksaan terutama di Selangor... negeri lain tak tahu le. hehe.. UPSR pada 10hb september 2012 manakala PSRA bermula 24hb September 2012...

saya letakkan contoh soalan PSRA 2012 dengan mengambil soalan peperiksaan Percubaan PSRA Daerah Klang 2012.. boleh muat turun sebagai latih tubi untuk menghadapi peperiksaan PSRA yang akan menjelang 24hb September 2012 nanti...

Selamat mencuba dan di doakan semua calon peperiksaan dapat keputusan yang cmerlang.. apa yang penting usaha, doa dan bertawakkal...

Contoh Soalan Peperiksaan Percubaan PSRA 2012 

Selasa, 12 Jun 2012

koleksi soalan PSRA 2011

Assalamualaikum wrt wbth..

setelah bertungkus lumus, akhirnya saya berjaya mengumpulkan soalan PSRA 2011 yang mengikut sukatan baru kurikulum sekolah rendah agama JAIS.. Koleksi soalan-soalan tersebut saya letakkan di ruangan koleksi set soalan di sebelah kanan blog.. kena "unzip" kan file dahulu la ye sebab ia berformatkan "gambar".. semoga bermanfaat.

Ahad, 20 Mei 2012

Senarai tugas pembentukan jawatankuasa


Tugas guru tudak hanya tertumpu kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sahaja. Perkembangan sahsiah dan sokongan melalui beberapa program adalah juga sebagai pembelajaran bagi murid. sebagai contoh, pelaksanaan program kursus kepimpinan pelajar, program sukan sekolah, program 3K, bulan panitia, ataupun Hari Kecemerlangan Murid dan macam2 lagi.. namun, program tersebut tidak dapat bergerak dengan lancar tanpa kewujudan jawatankuasa yang dianggotai oleh guru.. Program-program ini boleh dikatakan setiap tahun diadnjurkan, tetapi kelancarannya tetap dipertikaikan. kemungkinan ada berlaku pertindihan tugas atau ketidakfahaman sesuatu tugas AJK yang dilantik.

Maka. berdasarkan sedikit kajian, pemerhatian dan pengalaman, saya sertakan senarai tugas jawatankuasa yang dilaksanakan di sekolah untuk dikongsi. Moga-moga dapat membantu melicinkan perjalanan program anda..

PANDUAN
TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA

1.  PENGERUSI
1.1   Membentuk Jawatankuasa Pelaksana
1.2   Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat
2. SETIAUSAHA
                2.1 Mengurus surat menyurat
                2.2 Menyelaras dan menyelia persiapan jawatankuasa program
                2.3 Menyediakan bahan mesyuarat
                2.4 Melantik Fasilitator
                2.5 Menyediakan Laporan

3. PENOLONG SETIAUSAHA
                3.1 Mencatat Minit Mesyuarat
                3.4 Menyediakan dokumentasi
                3.5 Membantu penyediaan bahan-bahan yang diperlukan
                3.6 Mendapatkan gambar-gambar

4. BENDAHARI
                4.1 Menyediakan anggaran perbelanjaan
                4.2 Membeli bahan cenderahati
                4.3 Mengurus tuntutan kewangan
                4.4 Mengurus tuntutan bil-bil perbelanjaan

5. PENYELARAS PROGRAM
                5.1 Menyelaras perjalanan program dari masa ke semasa
                5.2 Memberi taklimat kepada AJK, Murid & Fasilitator
                5.3 Membahagikan murid mengikut kumpulan

6. URUSETIA
                6.1 Menyediakan dan menyusun bahan kursus
                6.2 Membanyakkan bahan kursus
                6.3 Mengedarkan bahan kursus
                6.4 Menyediakan segala keperluan kursus

7. PENGACARA MAJLIS
                7.1 Menyediakan teks ucapan perasmian penutup program
                7.2 Mengacarakan majlis perasmian / penutupan

8. BACAAN DOA
                8.1 Menyediakan teks doa Bahasa Arab dan Bahasa Melayu
                8.2 Membaca doa di majlis perasmian / penutupan

9. JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
                9.1 Membuat draf isi kandungan buku program
                9.2 Menyediakan pamphlet yang berwarna untuk tetamu kehormat
                9.3 Membanyakkan dan mengedarkan buku program
10. JAWATANKUASA PENDAFTARAN
                10.1 Menyediakan segala keperluan pendaftaran
                10.2 Melakukan pendaftaran murid, AJK, Guru & Fasilitator
                10.3 Mengedarkan buku program
                10.4 Menyerahkan senarai kehadiran kepada Setiausaha

11. JAWATANKUASA PERSIAPAN
                11.1 Menyediakan tempat program
                11.2 Memastikan kebersihan sebelum dan selepas program
                11.3 Menyusun kerusi dan meja
                11.4 Menyusun atur peralatan program

12. JAWATANKUASA TEKNIKAL, P.A SISTEM & ICT
                12.1 Menyedia dan mengurus P.A Sistem
                12.2 Menyediakan peralatan ICT
                12.3 Mengurus permasalahan yang berkaitan teknikal program, P.A Sistem dan ICT

13. JAWATANKUASA JAMUAN
                13.1 Menyediakan menu jamuan peserta, guru & VIP
                13.2 Memastikan jamuan peserta, guru & VIP mencukupi
                13.3 Menyediakan tempat & susun atur jamuan sesuai
                13.4 Menyediakan jamuan VIP
                13.5 Memastikan tempat jamuan bersih sebelum & selepas program

14. JAWATANKUASA SIJIL ,  HADIAH & CENDERAHATI
                14.1 Menyediakan set cenderamata untuk perasmi
                14.2 Menyampaikan sijil, hadiah & cenderamata selepas perasmian
                14.3 Menyiapkan sijil para peserta dan AJK sebelum program berakhir
                14.4 Mengiringi Bendahari menentukan dan membeli hadiah & cenderahati
                14.5 Membawa hadiah perasmi semasa balik.

15. JAWATANKUASA KESELAMATAN & KEBERSIHAN
                15.1 Mengawas keselamatan kawasan dan kenderaan
                15.2 Memastikan kebersihan di semua kawasan

Selasa, 1 Mei 2012

Senarai Tugasan Guru Penolong Kanan

Assalamualaikum..

Bulan Mac 2012 adalah bulan dan tahun yg menggemparkan aku sebab tanpa angin yang meniup, aku telah ditukarkan ke SRA Sg Udang sebagai Guru Kanan 2 (HEM). jadi, aku pun mencari senarai tugasan terhadap jawatan yang aku pegang itu.. secara kebetulan pula, tugasan aku pada semester Januari di OUM memerlukan aku mengkaji tugasan GPK.. akhirnya aku dapat juga senarai tugas-tugas Guru Kanan samada GPK 1 (Kurikulum) dan GPK 2 (HEM)... tugasannya lebih kurang seperti berikut :


Senarai bidang tugas Guru Penolong Kanan 1 seperti yang digariskan oleh JAIS adalah seperti berikut :
            1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
            2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
            3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal pentadbiran, Kurikulum, hubungan
    masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai dua sesi.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek peancangan dan pengurusan sekolah.

Senarai bidang tugas Guru Penolong Kanan (HEM) seperti :
            1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong
    Kanan 1.
2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
    kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan.
4.  Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai dua sesi.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
6. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran

Ini adalah senarai ringkas peranan dan senarai tugas secara umum. Mungkin boleh dijadikan panduan asas.. 

terima kasih. selamat berkongsi.. 

Jumaat, 26 Ogos 2011

Soalan Percubaan PSRA


Kepada semua terutama guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah agama dan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Negeri Selangor, saya berikan contoh soalan percubaan mengikut bentuk peperiksaan PSRA JAIS yang terkini.. . sila klik di pautan di bawah atau di ruangan yang menempatkan koleksi-koleksi soalan.. Semoga beroleh manfaat



Isnin, 18 Julai 2011

Koleksi Soalan Tauhid PSRA


Ini adalah koleksi soalan-soalan matapelajaran Tauhid. Ia adalah sebagai latihan tambahan dan rujukan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) dijalanka di sekolah-sekolah agama seluruh Selangor. Koleksi ini adalah soalan yang dikumpulkan daripada soalan sebenar PSRA tahun-tahun lepas dan juga beberapa bentuk soalan baru yang dicipta mengikut sukatan terkini JAIS.
Di saat-saat begini, memang sudah masanya calon peperiksaan mengulangkaji dan membuat banyak latihan berdasarkan kepada contoh sebenar bentuk soalan. Ini dapat membiasakan calon memahami dan menjawab soalan-soalan dengan mudah dan efisyen. Silakan muat turun. Semoga beroleh manfaat kepada semua.



koleksi untuk soalan objektif :
http://www.4shared.com/document/vCuec2tw/koleksi_soalan_objektif_tauhid.html

koleksi untuk soalan subjektif :
http://www.4shared.com/document/iz86izXh/koleksi_soalan_subjektif_tauhi.html

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys