Assalamualaikum..
Bulan Mac 2012 adalah bulan dan tahun yg menggemparkan aku sebab tanpa angin yang meniup, aku telah ditukarkan ke SRA Sg Udang sebagai Guru Kanan 2 (HEM). jadi, aku pun mencari senarai tugasan terhadap jawatan yang aku pegang itu.. secara kebetulan pula, tugasan aku pada semester Januari di OUM memerlukan aku mengkaji tugasan GPK.. akhirnya aku dapat juga senarai tugas-tugas Guru Kanan samada GPK 1 (Kurikulum) dan GPK 2 (HEM)... tugasannya lebih kurang seperti berikut :
Senarai
bidang tugas Guru Penolong Kanan 1 seperti yang digariskan oleh JAIS adalah
seperti berikut :
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar
semasa ketiadaan Guru Besar.
2. Mengajar sebilangan waktu
mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru
Besar dalam hal pentadbiran, Kurikulum, hubungan
masyarakat dan keselamatan.
4.
Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai dua sesi.
5.
Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
6.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek peancangan dan pengurusan sekolah.
Senarai
bidang tugas Guru Penolong Kanan (HEM) seperti :
1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar
semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong
Kanan 1.
2.
Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
3.
Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah
yang mempunyai dua sesi.
5.
Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
6. Membantu Guru
Besar menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran
Ini adalah senarai ringkas peranan dan senarai tugas secara umum. Mungkin boleh dijadikan panduan asas..
terima kasih. selamat berkongsi..
3 ulasan:
Salam kenal cikgu... Tq share tugas2 guru HEM tu. Barulah tau!
terima kasih.. ini mungkin jadi panduan asas... nanti saya cuba dapatkan yang detail...
mst penat kan jadi cikgu..hehhehe
Catat Ulasan