Mei 2011 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Isnin, 30 Mei 2011

contoh soalan PSRA


contoh-contoh koleksi soalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang dapat dikumpulkan dari tahun 2008 sehingga 2010.. boleh digunakan untuk latihan murid-murid sebagai persediaan ke PSRA 2011 yang akan menjelang pada bulan september nanti.. boleh download di ruangan contoh soalan ujian dan peperiksaan... silakan.. semoga mendapat manfaat..

Rabu, 18 Mei 2011

nota syirik

Syirik : mengaku adanya tuhan selain Allah atau mengaku ada suatu kuasa lain yang menyaingi Allah

Dalil : Firman Allah SWT yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan ( syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya."
( surah An Nisa' : ayat 116)

Bahagian Syirik :

1. Syirik Khufi : perbuatan yang membatalkan iman melalui niat
contoh : a) meyakini ada tuhan selain Allah
b) meyakini nabi Muhammad itu nabi palsu
c) meragui kewujudan Allah

2. Syirik Jalli : perbuatan yang membatalkan iman melalui perbuatan dan percakapan
contoh percakapan : a) mengatakan hukum Allah tidak sesuai
b) mengatakan hukum Islam tidak adil
c) mengatakan hadith nabi palsu

contoh perbuatan a) menyembah berhala
b) menilik nasib dan mempercayainya
c) melakukan perbuatan khurafat


*nota dalam tulisan jawi boleh dimuat turun diruangan muat turun nota di sebelah kanan blog ini

Sabtu, 14 Mei 2011

Sejarah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia

1) ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

a) Sistem Pendidikan Vernakular
Sistem pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di Penang Free School (1816) dan hanya menawarkan peringkat rendah dan peringkat menengah.

b) Sistem Pendidikan Melayu
Sistem pendidikan yang pada peringkat awal hanya menekankan kepada Al-Quran, asas membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran di teruskan ke peringkat lebih tinggi sekiranya ada pelajar yang berhasrat menyambung pelajaran. Pada abad ke 19, wujud sekolah melayu yang lebih bertujuan untuk melahirkan nelayan dan petani yang lebih baik berbanding terdahulu. Namun, pembelajaran hanya dihadkan kepada 4 tahu sahaja. Menumpukan lebih kepada aspek membaca, menulis, mengira dan menganyam. Contoh sekolah awal yang wujud :

i) Sekolah Melayu Tasek Belanga (1856)
ii) Sekolah Melayu Penaga, Sekolah Melayu Permatang Pauh, Sekolah Melayu Bukit Tambun (1863)
iii) Sekolah Melayu Kuala Kangsar, Sekolah Melayu Batu Gajah (1884)

Pada abad ke 20, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) wujud daripada English Grammar School (1905) yang hanya dihadkan kepada golongan elite. Kewujudan ini bertujuan untuk membantu orang melayu memegang jawatan rendah dalam kerajaan seperti polis, kerani, pelayan pejabat dan sebagainya.

c) Pendidikan Cina
Sistem pendidikan cina mengambil kurikulum yang berorientasikan dari Negara China. Ini termasuk buku teks dan tenaga pengajar dari negara tersebut. Pada 1924, pendidikan cina telah mendapat bantuan daripada kerajaan.

d) Pendidikan Tamil
Ianya dilaksanakan di ladang-ladang getah dimana ramai kaum India tinggal. Sama seperti pendidikan cina, sukatan diambil daripada negara asal iaitu India. Ia menitikberatkan kepada membaca, menulis dan mengira (3M).


2) LAPORAN-LAPORAN PENDIDIKAN

a) Laporan Barnes (1950)
Antara syor-syor dalam Laporan Barnes adalah :

i) menubuhkan satu corak sukatan rendah
ii) memansuhkan sistem vernakular dan digantikan dengan Sekolah Kebangsaan
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar utama
iv) Tempoh bersekolah diseragamkan menjadi 6 tahun
v) Pendidikan adalah percuma untuk semua

b) Laporan Fenn-Wu (1951)
Syor-syor dalam laporan ini :

i) Penggunaan Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama
ii) Menyokong untuk menggubal sistem pendidikan kebangsaan
iii) Sekolah cina di kekalkan tetapi sukatan disesuaikan denga persekitaran masyarakat tempatan.

c) Ordinan Pelajaran 1952
Ciri-ciri penting yang terkandung dalam ordinan ini ialah :

i) Sekolah Kebangsaan diperkenalkan dengan dwibahasa secara beransur-ansur melalui kelas bahasa kebangsaan.
ii) Menghadkan kemasukan pelajar ke Sekolah Inggeris
iii) Mengembangkan Sekolah Menengah Vokasional

Namun begitu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana kemelesetan ekonomi pada waktu itu.

d) Laporan Razak (1956)
Merupakan ciri penting yang menjadi asas pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan:

i) hasrat membentuk satu sistem pendidikan bagi semua kaum
ii) hasrat menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) hasrat mengadakan kurikulum alam sekelilin dan sukatan sama isi kandungannya
iv) memperkukuh sistem pendidikan kebangsaan dengan sistem peperiksaan yang sama bagi semua pelajar

Syor-syor dalam Laporan Razak :

i) Menubuhkan 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
ii) Menukar sekolah yang ada kepada sekolah umum dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
iii) Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib
iv) Menubuhkan satu jenis Sekolah Menegah Kebangsaan
v) Mengorientasikan semua sekolah ke arah Tanah Melayu dengan sukatan dan jadual waktu yang sama
vi) Memupuk perkembangan bahasa kebangsaan dan meningkatkan pengetahuan rakyat

e) Laporan Rahman Talib (1960)
Syor-syor dalam laporan ini :

i) Memberi pendidikan rendah percuma
ii) Naik darjah secara otomatik sehingga ke Tingkatan 3
iii) Mewujudkan Peperiksaan Penilaian Darjah
iv) Memperbaiki mutu pendidikan di sekolah vernakula
v) Meningkatkan sekolah-sekolah teknik dan vokasional
vi) Menubuhkan Jemaah Nazir
vii) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
viii) Penggunaan bahasa rasmi dalam peperiksaan awam
viv) Menyediakan program latihan guru
x) Menyediakan pengajaran agama dan sosial

f) Laporan Kabinet 1979
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada 1974 bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Tugas-tugasnya meliputi :

i) Meneliti matlamat dan kesan sistem pendidikan
ii) Memastikan keperluan tenaga rakyat dan negara dipenuhi
iii) Melahirkan masyarakat bersatu padu, displin dan terlatih

Syor-syor dalam laporan ini :

i) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Bahasa Inggeris wajib diajar.
ii) Kurikulum dan peperiksaan yang sama dan berorientasikan Malaysia.
iii) Peluang pendidikan asas selama 9 tahun
iv) Kewujudan KBSR dan KBSM
v) Wujudkan pelbagai kemudahan pendidikan di universiti dan menggalakkan kegiatan ko-kurikulum

Sumber rujukan :

Abdul Shukor Kamsir. (2007). Kepelbagaian Murid Dan Implikasinya Pelaksanaan Kurikulum,[Online]http://www.scribd.com/doc/11460992/Kepelbagaian-Murid-Dan-Implikasinya-Terhadap-Perlaksanaan-Kurikulum.

Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri,(2010), http://www.kabinet.gov.my

Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1993). Wawasan Pendidikan - Agenda Pengisian
Nurin Enterprise. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Imbasan Sejarah Pendidikan Negara. [Online]. http://www.moe.gov.my/?id=83&lang=my.

Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2003). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). International Law Book Services. Petaling Jaya, Selangor.

Mohd Fadzly. (2010). Sejarah Awal Perkembangan Bahasa Melayu. [Online]. http://www.scribd.com/doc/38869684/Bab-1-Sejarah-Bangsa-Dan-Bahasa-Melayu.

Roszelan. (2008). Wawasan Pendidikan. [Online]. http://www.scribd.com/doc/4978248/WAWASAN-PENDIDIKAN.

Syaza Yasmin. (2010). Laporan Rahman Talib 1960. [Online]. http://www.scribd.com/doc/4853631/Rahman-Talib.

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Jabatan Perdana Menteri.(2010). NKRA Pendidikan. [Online]. http://www.pemandu.gov.my/gtp/?page_id=33.




Rabu, 11 Mei 2011

soalan temuduga KPLI

Baru-baru ini isteri aku baru selesai ditemuduga untuk jawatan PPPS DG41 (KPLI j-QAF) di Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) di B3, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Maka bertungkus lumus lah dia mencari fakta-fakta dan input sebagai persediaan untuk ditemuduga.. setelah ditemuduga.. dia pun menceritakan pengalaman dan ingin berkongsi tips kepada kengkawan lain yang hendak ditemuduga..

1. Sediakan semua dokumen asal seperti yang dikehendaki ( ijazah, transkrip rasmi peperiksaan, sijil-sijil dan semua yang dikehendaki dalam check list temuduga). Susun dokumen perlu ikut turutan seperti yang dikehendaki dalam surat temuduga.

2. 4 orang calon serentak yang ditemuduga dalam satu bilik. Seorang sahaja panel.

3. Antara soalan yang ditanya :

a) Apakah jawatan yang cikgu pohon hari ini? ( agak suprise sebab banyak jawapan di dengar)

b) Apakah falsafah pendidikan kebangsaan?

c) Apakah falsafah pendidikan Islam? ( Calon yang ajar pendidikan khas ditanya falsafah pendidikan khas).

d) Apa yang cikgu beri pada murid-murid sepanjang cikgu mengajar kat sekolah. Jadi kita kena jawab- kita dah bagi murid ilmu pengetahuan( hurai sekali), nilai (hurai) dan kemahiran ( hurai)

e) Dalam kelas bagaimana cikgu mengajar? (seorang demi seorang calon ditanya). Kemudian, Apa teori yang sesuai di kelas itu?

f) Dalam kelas ada macam2 jenis murid. Mcm mana cikgu ajar mereka. ( soalan ni dia tanya sorang calon je. kemudian menyusul soalan... "cikgu pastikan nak ajar mereka guna teori mana?

g) Apa dia NKRA? Apa sub NKRA? Apa NKRA Pendidikan?

h) Apakah pendidikan berkemampuan dan bila umur kanak-kanak layak terima pendidikan?

i) Misi dan Visi Sekolah

j) Apakah transformasi pendidikan?

k) Tema Hari Guru Kebangsaan

4) Masa ditemuduga dalam satu kumpulan lebih kurang 1 jam.

Ini adalah pengalaman isteri aku semasa ditemuduga. Namun soalan-soalan ini kemungkinan boleh berubah mengikut kehendak panel penemuduga.. Harap-harap ia sedikit sebanyak dapat membantu kengkawan lain menghadapi temuduga.. semoga sukses!!


Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys