TEORI KEPIMPINAN
1)
Transaksi :
Teori ini bermaksud pertukaran. Ia bermaksud beban tugas yang diberikan apabila pekerja dinilai dari bentuk ganjaran, upah, kenaikan pangkat dan
lain-lain. Pelaksanaan teori ini akan menjadikan pekerja lebih
dedikasi atau lakukan apa sahaja tugas asalkan ada gaji atau upah lebih daripada biasa
2)
Transformasi
Teori ini menjadikan seorang pemimpin berwibawa dalam membawa perubahan terhadap sesuatu organisasi. Perubahan yang berlaku adalah dari satu keadaan kepada keadaan yg dianggap lebih baik. Teori ini percaya ia boleh mendorong orang mengubah sikap dan
nilai untuk lebih komited terhadap tugasan. Teori J.M Burns : “Pemimpin
yang mengamalkan kepimpinan transformasi adalah pemimpin yang berjaya mengubah
sikap orang yang dipimpin dari sikap mementingkan diri sendiri kepada sikap
bekerjasama”
Faktor tercipta pemimpin transformasi
1- peribadi yang berkarisma
2-
sikap prihatin terhadap individu
3-
berjaya merangsang minda
3) Pengajaran
Boleh dikatakan sebagai kepimpinan Insruksional. Ianya adalah perancangan dan pelaksanaan perubahan secara
aktif untuk galakkan
kolaborasi dan bekerja secara berpasukan di dalam organisasi. Kepimpinan ini mengutamakan
kualiti pengajaran dan sseorang pemimpin membuat jangkaan
tinggi kepada staf dan pelajar. Pelaksanaan kepimpinan ini akan memberikan
sumbangan terbaik ke arah matlamat organisasi secara bersama.
2 Strategi dalam melaksanakan kepimpinan instruksional :
1) Secara langsung :
menasihat & memberi contoh ( visibility) , mengajar
2)
Tidak langsung : aktiviti yg dilakukan oleh pengetua utk mempengaruhi
pembelajaran
8 fungsi utama Pengetua :
1) Menetapkan falsafah
2) Membentuk wawasan sekolah
3) Menetapkan matlamat & objektif
4) Merangka & membentuk dasar serta prosedur sekolah
5) Memberi sokongan kepada pelaksanaan Pengajaran & pembelajaran
6) Mengawal Mutu Pengajaran
7) Merancang program Perkembangan Staf
8) Memberi kerjasama kepada pihak luar sekolah
4) Ikut Situasi :
Kepimpinan ini menyesuaikan tingkahlaku kepimpinan untuk penuhi
keperluan pengikut dan situasi yang berlaku. Dengan kata lain ianya melaksanakan “ gaya manakah
yang lebih berkesan bagi situasi itu”
Jenis Tingkahlaku pemimpin :
Bil
|
Jenis Tingkahlaku
|
Penerangan
|
1.
|
Tingkah laku Tugas
|
- susun dan definasikan peranan anggota
- terangkan aktiviti : bila, di mana, bagaimana tugas dijalankan
- tetapkan pola organisasi, saluran komunikasi, melaksanakan kerja
|
2.
|
TIngkah Laku Hubungan
|
- mengekalkan hubungan peribadi
- buka saluran komunikasi, sokongan sosioekonomi, psikologi
- kematangan pengikut mempengaruhi keberkesanan tingkah laku pemimpin
|
5) Kredibiliti
Ia adalah kepimpinan yang dipercayai mempunyai keupayaan dan diyakini benar, diperhati dan menjadi ukuran kepada seorang pemimpin disebabkan reputasinya dalam memimpin sesebuah organisasi. Kredibiliti seseorang dibina melalui :
a)
individu - menjaga ketrampilan diri - berjenaka dalam mengurus
- ingat nama staf - menghiburkan hati staf
- sentiasa gembira
b) staf - berjumpa secara tidak formal sekerap mungkn
- sentiasa raikan staf
- senang utk
ditemui oleh staf
- ajar sebanyak
kelas yang mungkin c) pelajar - kenalkan kesan ( trails) dan persekitaran berorientasikan pembelajaran spt Matematik, Sains & Geografi dan sentiasa bersama mereka d)ibubapa - kenalkan program yang boleh libatkan mereka
- sediakan ruang / masa utk ibubapa berjumpa secara tetap dengan pemimpin sekolah dan selesaikan
masalah pelajar dengan segera
6. Karismatik
Kepimpinan karismatik ialah pemimpin yg mempunyai kemahiran tinggi
dalam pengurusan & berjaya membuat perubahan yang besar dalam pentadbiran. Antara kesan yang besar kepimpinan karismatik adalah pengikut menjadi taat dan setia kepada seseorang pemimpin. Pemimpin ini menjadi inspirasi
kepada pengikut dalam melakukan tugas dan aktiviti. Antara contoh yang jelas pemimpin yang ada ciri karismatik ini ialah Sukarno, Mahatma Ghandi, John F. Kennedy dan Ayatullah Khomieni. Kebanyakan buku dan pengkaji pengurusan menyatakan bahawa pemimpin agung adalah Nabi Muhammad
S.A.W kerana kepimpinan baginda kekal dlm bentuk ikutan
walaupun baginda
sudah wafat.
ENAM DIFINISI
PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN SEKOLAH
1) mempunyai wawasan peribadi yang jelas
2) berfikiran kental dan sentiasa bekerjasama dengan rakan-rakan lain
3) menghormati autonomi guru dan lindungi mereka dari
tekanan yg berlebihan
4) memandang ke hadapan, kenal & sedia menerima
perubahan, sedia mengelak dari kejutan
5) pragmatic (praktikal, pentigkn kesan sebenar),
menengani reality
6) bermaklumat, berkomunikasi, miliki set peribadi dan pendidikan yang jelas
PEMIMPIN BERKESAN :
1) menurunkan kuasa dgn majukan suasana kerjasama,
kawal kumpulan berpengaruh
2) mendahului dengan pandangan lebih menyeluruh, rasional
3) mengurus diri dan profesionalisme
4)
urus ketegangan
PRINSIP KEPIMPINAN YANG BOLEH MEMBERI IMPAK TINGGI KEPADA ORGANISASI
a) boleh membuat
perubahan besar
b) berusahan utk capai matlamat organisasi
c) orang bawahan yang setia dan komited terhadap
tugas
d) organisasi yang tidak berbelah bagi
e) dapat sokongan dan kerjasama kuat
f)
memenuhi kehendak orang bawahan -
supaya mereka patuh & komited
CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PERUBAHAN
a) ada sifat unggul
yg boleh mempengaruhi orang bawahan
- beliau dikagumi, dihormati, dipercayai, karismatik, menjadi role model
b) bangkitkan
aspirasi
- sering bangkitkan kepercayaan kpd orang bawahan
- ajak org bawahan sama-sama bina wawasan organisasi
c) merangsang
intelek
- galakkan orang bawahan
lebih kreatif dlm menyelesaikan masalah
d) timbang rasa
- terhadap individu
-
penuhi keperluan org bawahan utk maju dan meningkat dlm kerjaya