2008 ~ asampedasikanpari

nuffnang

Isnin, 15 September 2008

Anak-anak Kita

Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera...Hampir sebulan aku tak dapat menulis dan menaip di blog aku sendiri nih... Maklum, tugasan sebagai seorang guru yang tak menyempatkan aku menitipkan sesuatu yang baru di sini. Lagipun, takder aper2 yang baru untuk diperkatakan sekarang. Terima kasih kepada mereka yang membaca, melayari, melawati dan memberikan komen. Cuma, baru-baru ni, anak-anak kiter yang berumur 12 tahun telah menduduki peperiksaan getir dalam hidup mereka sepanjang 6 tahun belajar di sekolah rendah : Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Tak dinafikan, ia satu ujian / peperiksaan yang penting untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.. dan ada yang menetapkan pencapaian melalui keputusan UPSR itu nanti, akan meletakkan pelajar tersebut berhak masuk ke sekolah mana yang...

Rabu, 20 Ogos 2008

Kebanggaan Negara

Salam.....Dah hampir 2 minggu aku tak dapat menitipkan tulisan aku kat blog aku nih... kesibukan aku menyebabkan aku sebegitu rupa... minggu lepas, aku diarahkan untuk hadir berkursus di tempat latihan tetap oleh majikan aku.. kursus memakan masa selama 4 hari 3 malam.. berbeza dengan kursus2 lain yang pernah aku hadiri, ianya satu kursus yang memang aku nanti2kan kerana aku tak dapat berpeluang mengikutinya tahun lepas bersama rakan2 aku yang lain.. Untuk makluman, sepatutnya aku diarahkan berkursus pada disember 2007 tapi aku tak dapat ikut kerana isteri aku pada waktu sedang menunggu hari untuk melahirkan 'hero' aku... akhirnya Allah Taala makbulkan hajat aku untuk ikut serta kursus tersebut.. Alhamdulillah...Ok.. aku taknak cerita pasal kursus tu.. bukan aper.. kursus tu memang best dan...

Ahad, 3 Ogos 2008

"GONG Lama Repair AJE.."

Aku tak pandai nak mulakan cerita dengan ayat yang berbunga-bunga.. dan aku sebenarnya pun tak pandai nak susun ayat macam penulis-penulis di surat khabar.. sebab tu kemudahan blog nih amat menyenangkan aku untuk aku melepaskan bukuan aku dalam dada... so, aku mintak maaf kalau aku tak dapat susun kata dengan elok....aku jadi pelik dan makin tak faham dengan keputusan FAM sehari dua nih..? Apa..? Tak der awang import musim depan...? EN KHAIRY kata ianya keputusan sebulat suara ahli-ahli gabungannya... aku pun tertanya-tanya... ahli gabungannya tu takder wakil dari peminat-peminat ker..?Lagi katanya, pemain import yang masuk main kat LIGA M nih takder kualiti... gagal memberikan impak kepada prestasi pemain tempatan... la... Iyer...? ok lah.. dah muktamad la yer..? dah tak bleh patah balik..?...

Khamis, 24 Julai 2008

Bertemu di hujung dahan....?

Heboh cerita mengenai UMNO bermuzakarah dengan PAS dalam membincangkan kedudukan orang melayu dan agama Islam yang kata UMNO sudah semakin berpecah belah...Kita semua tahu.. UMNO adalah parti yang bertunjangkan semangat bangsa Melayu kerana keperitan bangsa Melayu dahulu dalam melawan penjajah. Kerja UMNO selama 50 tahun ( atau mungkin lebih...) dapat diakui sebagai sebuah parti kebangsaan yang bertahan lama dan menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Manakan tidak, ia mampu menunjangi Barisan Nasional menjadikan sebuah negara yang semakin maju dan progresif. Berbanding dengan negara-negara luar yang asyik bertukar parti dan corak kepimpinan, Malaysia masih stabil.PAS pula sebuah parti berteraskan ISLAM. Sebuah parti politik yang telah lama menjadi pembangkang dalam parlimen Malaysia semenjak...

Rabu, 23 Julai 2008

Formula Future Kebanggaan Negara

Aku nak ucapkan syabas dan tahniah kepada team Formula Future Negara yang telah menjuarai dan sekaligus mengekalkan title JUARA DUNIA di Itali semalam. Aku bagitau ni.. JUARA DUNIA...!!Ini bermakna... taraf juara dunia menyamai Nicol David, Roger Faderer, Kimi Raikonnen, Itali, Maria Sharapova, Jerman, Tiger Woods, Valentino ROssi dan semua juara dunia yang ada di dunia... Syabas dan tahniah aku ucapkan serta ucapan terima kasih kepada pasukan formula future negara yang telah dan semakin mengibarkan bendera dan nama negara.Tapi, kenapa World Champion Formula Future tidak semeriah Juara Dunia di sukan lain..? Kejayaan team formula future nnegara bukan sekali atau yang pertama kali... Dah 4 KALI..!!! aku ulang.. 4 KALI...Ok, cuba kita ubah senario ni ke sukan no 1 negara-bolasepak(kononnya..)....

Khamis, 17 Julai 2008

Apa Nak Di Kata..?

Dua hari lepas, aku baca dari akhbar sinar harian mengenai DSAI. Isinya lebih kurang tentang mengingatkan DSAI agar tidak hanya menumpukan kepada kerusi empuk PM Malaysia. Penulis berkenaan menyatakan bahawa DSAI selaku Penasihat PKR perlu menumpukan tentang hubungan antara pakatan rakyat yang terbentuk di lima buah negeri yang dimenangi sewaktu PRU12 dahulu.Betul juga pendapat dan pandangan beliau. Ini kerana banyak "rumours" yang tersebar kononnya pakatan rakyat sedang mengalami perpecahan dalaman. Timbul pula cerita yang tersebar melalui email dan SMS yang mengatakan PAS akan mengkaji semula penglibatannya dalam Pakatan Rakyat. Bermula dengan DPPP yang menarik diri daripada terlibat dalam perhimpunan PROTES baru-baru ini kerana ada konsert "underground" yang ditunjangi oleh PKR. Ditambah...

Selasa, 15 Julai 2008

Kontrak Kita

Dua hari lepas, aku baca artikel dalam website mantan PM, Tun Dr.M. yang menceritakan tentang sejarah bagaimana sesuatu yang dinamakan kontrak sosial terjadi.hm... aku rasa,, aku tak payah nak memanjang-manjangan cerita pasal ni. Aku ucapkan terima kasih kepada Tun kerana sudi menulis tentang kontrak sosial ni. Bagi aku, beliau memang layak menerangkan kepada semua tentang kontrak sosial. Aku rasa korang semua boleh baca kat web Tun sendiri mengenai kontrak sosial itu.Seseorang rakyat (macam aku) yang amat mencintai negara sendiri dan seharusnya (wajib..) mencintai negara sendiri, kena lihat perkara ini. Untuk makluman semua, Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Satu-satunya negara di dunia yang rakyatnya hidup pelbagai kaum, etnik, budaya, ideologi dan macam-macam lagi, tetapi boleh hidup...

Isnin, 14 Julai 2008

Salam Pengenalan...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Salam Sejahtera kepada semua pelawat-pelawat...Aku perkenalkan blog aku. Hari ini dalam sejarah aku sendiri kerana aku telah diterima sebagai penulis blog dan blog yang aku namakan "asampedasikanpari" ini adalah untuk semua orang yang sudi menerima dan mengomen pandangan aku sendiri berdasarkan pembacaan aku. Kenapa "asampedasikanpari"..? aku suka makan lauk tu ...!!!Aku akan cuba memberikan seberapa banyak maklumat untuk dikongsi bersama. Lagipun aku bukan orang besar manapun. Cuma aku bertanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang tercinta ini, memberikan kebebasan untuk meluahkan apa yang biasanya terbuku di "kepala hotak" aku ketika ini.Hmmm... Aku cuba buat yang terbaik... Dan aku tak terhadkan topik2 aku.. aku rasa aku akan bebas "menaip" apa...

Pages 161234 »

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys