Heboh cerita mengenai UMNO bermuzakarah dengan PAS dalam membincangkan kedudukan orang melayu dan agama Islam yang kata UMNO sudah semakin berpecah belah...Kita semua tahu.. UMNO adalah parti yang bertunjangkan semangat bangsa Melayu kerana keperitan bangsa Melayu dahulu dalam melawan penjajah. Kerja UMNO selama 50 tahun ( atau mungkin lebih...) dapat diakui sebagai sebuah parti kebangsaan yang bertahan lama dan menjalankan tugasnya dengan cemerlang. Manakan tidak, ia mampu menunjangi Barisan Nasional menjadikan sebuah negara yang semakin maju dan progresif. Berbanding dengan negara-negara luar yang asyik bertukar parti dan corak kepimpinan, Malaysia masih stabil.PAS pula sebuah parti berteraskan ISLAM. Sebuah parti politik yang telah lama menjadi pembangkang dalam parlimen Malaysia semenjak...