1 Jun hingga 2 Jun 2014 percutian indah bersama keluarga. Menghala ke Cameron Highlands (entah yang ke berapa kali kalau dicampur dengan rombongan2 yang pernah aku ikut..!!).. Tapi kali ini ia percutian yang lebih bermakna sebab lebih banyak masa yang sangat berkualiti dihabiskan bersama keluarga.. mana taknya.. lebih awal sampai, tak lalui jalan yang penuh liku2 dan onak duri (heheh!!) dan lebih rileks... So, perjalanan kami bermula dengan Highway PLUS menghala ke Utara.......
Ramai kata nak ke Cameron Highlands ikut jalan Tapah-Cameron sebab lebih dekat. Memang. Itu aku akui sebab memang dekat sangat.. daripada susur keluar highway PLUS Tapah ke Cameron hanya ambil masa antara 45 minit ke 1 jam sahaja. Tapi, aku memang senghaja nak lalu Simpang Pulai-Cameron. Sebabnya? lebih santai dan tak penat nak membelok-belok, selain tak memeningkan kepala dan mabuk2.. itu lebih penting... (kang kalo dah mabuk, menginap 4 hari pun tiada gunanya..!!) Tapi, aku dan keluarga balik melalui jalan Cameron-Tapah sebab banyak tempat on da way balik tu nak singgah.. nanti aku ceritakan.
Ok,.. ada perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua jalan tersebut. Kalau kita lalu jalan Tapah-Cameron, kita akan lalui perkampungan Orang Asli yang banyak jual barang2 hutan antaranya PETAI..!!. Kemudian akan berjumpa dengan tempat peranginan Lata Iskandar.. ( yang ni memang best..!! ) kemudian jumpa pekan kecil HABU, Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang. Di Brinchang la pelbagai tempat yang menarik kalau kita ke Cameron.
Jika kita memilih jalan Simpang Pulai-Cameron ( macam aku.. ) juga akan menempuh beberapa perkampungan orang asli ( yang aku sendri tak tau berapa bnyak..!! ) yang mereka juga ada jual pelbagai barangan. Jalan tersebut akan terus menghala ke Brinchang. Hanya perlu terus dan ikut anak panah sahaja. Sebelum sampai ke Brinchang, kita akan berjumpa simpang tiga. Kita kena pilih ke kanan ( signboard ke Cameron Highlands).. itu penting sebab jika terus, kita akan ke GUA MUSANG..!! kemudian, ikut sahaja jalan besar tu dan kita akan terus dibawa ke Pekan Brinchang....
Aktiviti aku sekeluarga apabila sampai ke Brinchang ialah.... cari penginapan.. maklum la... cuti sekolah.. kena cari dulu sebab aku pergi x plan.. orang kata gamble.. jadi, aku ada pengalaman dahulu, maka aku cari sebuah hotel di pekan Brinchang.. hmm.. ramai orang melayu.. chefnya pun orang melayu.. dan ada sijil HALAL. namanya HOTEL TITIWANGSA... bersebelahan dengan Iris Hotel.. harga sebilik waktu cuti sekolah RM188.00... boleh la tu.. dapat 3 kupon STEAMBOAT dan 3 kupon BREAKFAST.. aku check in kul 2.00 petang, letak barang, pastu keluar makan tengahari.. aku & keluarga jalan kaki je ke pekan Brinchang.. banyak tempat makan kt situ.. so, aku pilih makan di benteng.. err... macam medan makan kt situ.. kemudian, terus jalan2 ke pasar malam pekan Brinchang.. ronda2 sampai kul 6.30 petang... (bayangkan.. lama tu..!!) Malam plak, menikmati STEAMBOAT free yang hotel beri.. x habis tu... banyak gilerr...
Esok paginya.. lepas breakfast, terus ke KEA Farm.. kt situla tempat shopping membeli sayur mayur, strawberi, keledek, fridge magnet, pokok bunga dan macam2...
Aku checkout dari hotel tu jam 10 pgi.. terus aku & keluarga ke tempat ladang strawberi milik orang melayu islam.. namanya KG. TAMAN SEDIA.. aku pernah pergi dulu masa ikut rombongan tapi kali ini dah jauh berubah... WAhh..!! sangat teruja.. di situ juga ada disediakan Homestay pada mereka yang nak tinggal secara homestay.. aku dapat khabar, RM450 satu malam.. bergantung pulak pada jenis rumah.. terpulang masing2... kitorang lepak di situ lama juga.. kitorang pergi dua tempat iaitu Abang Strawberi dan Al-Mashoor Agrofarm.. di Abang Strawberi, kitorang makan2 dan petik buah strawberi sendiri... hmm.. pengalaman petik strawberi yang pertama kali.. kena ambil bekas di kaunter, dan pilih strawberi anda.. kena petik sekurang-kurangnya 500gm.. selagi tak cukup, ia takkan dikira.. 500gm RM20.. kemudian ke Al-Mashoor Agrofarm.. di situ amik2 gambar dan beli aiskrim strawberi yang dibuat sendri... pergghhh!!... lazat tu....!!
Lepas tu terus ke Bharat Tea, Cameron Valley.. menikmati teh cameron valley.. se 'mug' teh tarik RM3.50.. kat situ shopping produk2 teh yang aku rasa tak jumpa di tempat lain.. mcm2 kitorg beli.. sampai hampas teh tu pun kitorg beli.. hheheh... Keluar dari menikmat teh dan turun ke ladang teh untuk lihat pokok teh (anak-anak le tu...) kitorg terus ke Lata Iskandar.... sempat juga kitrog singgah tepi jalan untuk cari petai... Mahal tau petai sekarang... RM14 seikat.. tapi memang betul pun sebab aku dapat cerita susah nak dapatkan petai ni.. pokonya besar... petai lak kat hujung2 ranting.. kalo jatuh mati x amik insuran boleh mati katak jek..
Bila sampai di Lata Iskandar, mula2 makan tenghari walaupun dah kul 2.30 ptg.. ada je kedai makan melayu.. lepas tu baru lepak2 di air terjun tu.. main2 air yang sejuk.. di situ ada juga pondok khas utk solat.. cuma kena amik wudhuk guna air sungai.. boleh kan..??
Puas di situ, kami ke terus menghala pulang.. tapi tempat persinggahan yg terakhir adalah di Hutan Lipor Kuala Woh.. sebelum sampai pekan Tapah.. di situ ada tempat air panas semulajadi dan sungai.. tempat mandi manda lagi..
keluar dari situ jam 4 ptg dan sampai rumah jam 6.30 ptg... kali ni kitorg balik ikut jalan highway LATAR menghala ke Kuala Selangor.. so, balik tu idak le ke Kuala selangor, kitorg cari jalan ke Puncak Alam sebab rumah kitorg di Tok Muda, Kapar... kan dah dekat tu...
jumpa lagi....