Lawatan Sambil Belajar ~ asampedasikanpari

nuffnang

Ahad, 3 Mei 2009

Lawatan Sambil Belajar

Hari ini bersamaan 2 Mei 2009, aku bawak isteri dan anak-anak aku berjalan sambil mengenal binatang di Zoo Negara, Hulu Klang. Mungkin setengah orang perlekeh usaha aku - "eh eleh, zoo..?!! apa ada..? " Memang... tapi aku seronok walaupun penat... aku sangka tak ramai yang datang.. yer la... umur zoo tu pun dah baya umur ayah aku, tapi ia masih menjadi lokasi sesuai dan MURAH untuk aku ajarkan kepada anak-anak aku tentang kahidupan haiwan dan tumbuhan. Ternyata, isteri dan anak-anak termasuklah aku sekali puas walaupun penat. Sampai sahaja di rumah, aku terus edit gambar video yang aku ambil, kemudian aku tunjukkan kembali kepada mereka. Aku harap ingatan mereka akan kekal sampai bila-bila... aku kongsikan detik indah kenangan itu di sini..


Cuma aku rasa, bayaran yang dikenakan terhadap pengunjung yang membawa video kamera (macam aku...) patut dikurangkan... aku pun terkejut dengan harga yang dikenakan.. satu lagi, aku rasa pengunjung tidak perlu membayar perkhidmatan tren dalam zoo sebab tiket yang dikenakan sudah memadai mereka mendapat perkhidmatan itu sepanjang lawatan. Yang lain-lain seperti perkhidmatan bergambar dengan haiwan tertentu, aku rasa berbaloi, walaupun aku rasa ianya tak munasabah. (macam bergambar dengan kuda kecil berharga RM 25, upah mengambil gambar menggunakan kamera pengunjung sendiri-siap cuci- RM10 3 keping..)

Lagi satu, kena perbanyakkan lagi restoran makanan. Restoran yang ada sekarang ini tidak mencukupi. Tapi, insya allah, aku akan datang lagi...

2 ulasan:

aremad berkata...

aku rase nak g gak ni... lame x jengah kwn tu...last g mase drjh nam kot heheh welldone...tp ko kate mahal x jadi laa heehe

Hidet berkata...

Salam.

Saya dulu sekolah kat taiping, betul2 depan zoo taiping..tiap2 tahun mesti pegi zoo..

skrg dok kat johor..baru 2 kali pegi zoo johor..bawak anak2 jalan2 tengok2 haiwan dalam tu..

best woo pegi jalan2 kat zoo..

jom jom

Catat Ulasan

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys