Amalan Khurafat ~ asampedasikanpari

nuffnang

Isnin, 28 Mac 2011

Amalan Khurafat

Pengertian Khurafat


" Amalan atau kepercayaan karut yang boleh membatalkan iman."

Contoh-contoh amalan khurafat

1. Mempercayai bintang-bintang (zodiak)
2. Mandi di Bulan Safar
3. Memuja pantai
4. Membuang Ancak untuk menghalau jin dan syaitan
5. Memuja Kubur yang dianggap wali atau keramat
6. Mempercayai tangkal / azimat
7. Mempercayai ada binatang yang membawa tuah atau sial
8. Percaya akan ada bencana jika ular masuk ke dalam rumah.
9. Percaya pada hari yang membawa tuah atau sial
10. Kenduri Lenggang perut bagi wanita yang sedang mengandung
11. Mengadakan upacara "buka gelanggang"
12. Meminta izin "atuk dan nenek" sekiranya ingin buang air kecil atau besar di tengah hutan

Hukum Mempercayai Amalan Khurafat : HARAM

Dalil Mengenai Khurafat :

"14. Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. "

( Surah Ar-Ra'ad : Ayat 14 )

Kesan Mempercayai Perkara Khurafat

1. Dimurkai oleh Allah SWT dan Rasul Nya
2. Jiwanya sentiasa gelisah dan tidak tenteram
3. Menjadi takbur dan pendendam
4. Membuang masa dan wang
5. Berlaku kemungkaran dan kerosakan


Cara Mengatasi Amalan Khurafat

1. Sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama

2. Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya.

3. Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dan sebagainya.

4. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat oleh masyarakat

5. memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih ketat lagi.



* Nota untuk guru dan murid dalam jawi dan persembahan powerpoint, boleh dimuat turun di ruangan "nota ringkas " dan "bahan bantuan mengajar dan belajar"

0 ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys