Pengenalan Mobile Multimedia
Multimedia adalah gabungan daripada dua perkataan bahasa Inggeris “multi” dan “media”. Multi didefinasikan sebagai berbilang atau berbagai-bagai manakala media adalah perantaraan. Multimedia pula didefinasikan sebagai sistem komputer yang mengandungi perisian video, audio dan teks. (Oxford Dictionary, 2007). Multimedia adalah sebuah data yang dipersembahkan daripada bentuk fizikal ke bentuk format digital. Data multimedia pula merangkumi imej fotografi, imej X-ray, suara, dan video, lukisan, carta dan animasi (C.Tse, Philip K. 2008). Diraj Sharma, 2009 menyatakan bahawa multimedia adalah gabungan dua atau lebih daripada teks, grafik, suara, animasi dan video yang disampaikan oleh komputer. Gour Karmakar & Laurence S.Dooley (2008) mendefinasikan multimedia merujuk kepada kombinasi pelbagai elemen media seperti teks, audio, imej dan video dalam format digital yang dipersembah dan dimanipulasikan oleh satu peranti elektronik atau sebuah komputer. Di Wikipedia iaitu satu ensiklopedia bebas meletakkan multimedia merujuk kepada penggunaan teknologi komputer mencipta, menyimpan dan menggunakan kandungan multimedia.
Mobile didefinasikan sebagai bergerak (Oxford Dictionary, 2007). MyKamus (2010) iaitu kamus versi internet memberikan maksud sebagai mudah dipindahkan atau digerakkan, berubah dengan cepat. Jadi, secara jelasnya, Mobile Multimedia boleh ditakrifkan sebagai kombinasi perantaraan daripada elemen-elemen media seperti teks, audio, video, gambar dan grafik dalam bentuk digital dengan menggunakan komputer yang bergerak atau boleh dialih mengikut kesesuaian masa dan tempat. Ia juga memerlukan operasi jaringan atau kemudahan telekomunikasi agar penghantran mesej dapat disampaikan.
Oleh itu, elemen-elemen dalam mobile multimedia memerlukan satu peralatan yang menyokong kepada penghantaran elemen-elemen multimedia agar penyampaian dapat disampaikan dengan tepat. Pada masa sekarang ini, kemudahan penghantaran tidak lagi hanya bergantung kepada talian yang ditetapkan atau yang disediakan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sahaja, malah ia telah jauh daripada itu. Kemudahan talian internet yang meliputi 3G, 4G, GPRS, WAP, HSDPA dan sebagainya. Maka dengan itu, peranti yang menyokong perkhidmatan dan aplikasi ini memerlukan peranti yang berteknologi tinggi tidak hanya bergantung kepada komputer desktop sahaja seperti komputer riba, iPad dan juga termasuklah penggunaan telefon bimbit seperti iPhone, Android, PDA atau sebagainya.
0 ulasan:
Catat Ulasan