asampedasikanpari

nuffnang

Sabtu, 23 April 2011

download teks pengacara majlis Hari Guru











Aku berkongsi teks dan pengalaman aku semasa menjadi MC Majlis Sambutan Hari Guru Daerah Klang 2009.. Sila ke ruangan "muat turun" untuk mendapatkan teks tersebut.. atau boleh juga ke link di bawah ini......



silakanlah....

Rabu, 13 April 2011

download teks ucapan pengerusi majlis (MC)

aku upload contoh teks ucapan MC (pengacara majlis) semasa aku jd mc Program kemahiran Amal Islami (KAMIL) Daerah Klang di SRA Rantau Panjang, Klang pada 2010. boleh download kat link ni :



Khamis, 7 April 2011

download font arab dan jawi (2)

Sebelum ni, aku attachkan tutorial install font pada OS Windows Xp.. Kali ini cara nak install font arab dan jawi pada OS Windows Vista @ 7..

Langkah 1 sehingga 3 adalah sama sahaja tekniknya seprti dalam OS Windows XP.. Seterusnya paparan semasa sedang install, adalah seperti berikut :












Selepas berjaya download, anda perlu extract file di tempat yang sesuai kerana file yang anda download tadi adalah file.zip.. paparan adalah seperti di bawah :












Selepas anda selesai extract file tersebut, open file folder "font arab" kemudia klik kanan pada tetikus.. paparan "install" akan ditayangkan... jadi teruskan install dan anda berjaya menambah font arab dan jawi dalam perisian anda..












Jadi, selamat mencuba dan semoga berjaya....

Jumaat, 1 April 2011

download font arab dan jawi

Sini aku cuba untuk tolong kengkawan seperjuangan yang tak banyak pilihan dalam menaip dalam jawi... adalah sedikit sebanyak jenis-jenis font yang boleh digunakan untuk pelbagai tugasan.. tapi kena ikut beberapa langkah di bawah ini... actually, ini untuk OS Windows XP... untuk windows 7 atau vista.. akan aku cuba untuk beri tutorialnya dalam masa terdekat nih.. jadi boleh ikut langkah2 di bawah ini :
Langkah 1:

Pergi ke sidebar blog ini. Klik link " download font arab dan jawi" seperti gambarajah di bawah :













Langkah 2 :

Selepas klik tersebut, anda akan di bawa ke laman web "4Shared" yang akan memaparkan link "muat turun sekarang'. Seperti gambar di bawah :












Langkah 3:

Setelah klik pada button tersebut, tunggu dalam beberapa saat, paparan seterusnya akan keluar seperti di bawah. Seterusnya, apa lagi.. klik link tu dan terus dapat download secara automatik...














Langkah 4 :

Ok.. selepas anda berjaya download, anda check di mana tempat folder "font arab.zip" anda di simpan. (sebenarnya ia bergantung kepada sistem oleh pc atau laptop anda). Biasanya dalam c: my Documents > download. Kemudian, anda klik kanan tetikus atau pad touch laptop anda dan extract file ke dalam folder yang anda suka ( kalau boleh pastikan folder yang mudah dicapai semula). Extract File pelu dilakukan kerana file font ini adalah dalam bentuk "zip" iaitu file yang telah di "compress" kan. Seperti gambar di bawah:







































Langkah 5 :

Seterusnya, anda perlu ke "control panel" pada menu start di desktop anda. Gambarannya seperti di bawah :



















Langkah 6 :

Di dalam menu Control panel tersebut, klik pada ikon folder "fonts"
















Langkah 7 :

Selepas "isi perut" dalam folder fonts tersebut dipaparkan, pergi ke menu "file" dan pilih Install New Font... seperti di bawah:
















Langkah 8 :

Seterusnya, dalam langkah ini, anda perlu mengikuti beberapa langkah seperti dalam gambar rajah di bawah. Ikuti turutan nombor.

1: Pilih location file yang anda extract tadi.

2. Setelah itu, folder tersebut telah dipaparkan, kemudian klik pada folder tersebut dan automatik segala font dalam folder tersebut akan terpapar dalam ruangan di atasnya.

3. Kemudian, "select all" kemudian "OK".
















Langkah 9 :

Syabas sekiranya anda telah berjaya memuat turun font tersebut. Anda boleh semak font baru anda di dalam mana-mana aplikasi Microsoft office anda. Gambar dibawah adalah contoh dalam word.














Jadi, selamat mencuba.... jika ada apa-apa bantuan, sila berhubung melalui email saya.. terima kasih..

Video untuk Bahan Pengajaran (Khurafat)

Video ini aku gunakan sebagai set induksi pengajaran aku dalam subjek "khurafat" dalam matapelajaran Tauhid Darjah 6.

Isnin, 28 Mac 2011

Amalan Khurafat

Pengertian Khurafat

" Amalan atau kepercayaan karut yang boleh membatalkan iman."

Contoh-contoh amalan khurafat

1. Mempercayai bintang-bintang (zodiak)
2. Mandi di Bulan Safar
3. Memuja pantai
4. Membuang Ancak untuk menghalau jin dan syaitan
5. Memuja Kubur yang dianggap wali atau keramat
6. Mempercayai tangkal / azimat
7. Mempercayai ada binatang yang membawa tuah atau sial
8. Percaya akan ada bencana jika ular masuk ke dalam rumah.
9. Percaya pada hari yang membawa tuah atau sial
10. Kenduri Lenggang perut bagi wanita yang sedang mengandung
11. Mengadakan upacara "buka gelanggang"
12. Meminta izin "atuk dan nenek" sekiranya ingin buang air kecil atau besar di tengah hutan

Hukum Mempercayai Amalan Khurafat : HARAM

Dalil Mengenai Khurafat :

"14. Hanya bagi Allah-lah (hak mengabulkan) doa yang benar. dan berhala-berhala yang mereka sembah selain Allah tidak dapat memperkenankan sesuatupun bagi mereka, melainkan seperti orang yang membukakan kedua telapak tangannya ke dalam air supaya sampai air ke mulutnya, padahal air itu tidak dapat sampai ke mulutnya[769]. dan doa (ibadat) orang-orang kafir itu, hanyalah sia-sia belaka. "

( Surah Ar-Ra'ad : Ayat 14 )

Kesan Mempercayai Perkara Khurafat

1. Dimurkai oleh Allah SWT dan Rasul Nya
2. Jiwanya sentiasa gelisah dan tidak tenteram
3. Menjadi takbur dan pendendam
4. Membuang masa dan wang
5. Berlaku kemungkaran dan kerosakan


Cara Mengatasi Amalan Khurafat

1. Sentiasa memahami dan berusaha untuk mendalami ilmu agama

2. Sentiasa memberi penerangan melalui akhbar, poster-poster, risalah-risalah, media massa, jaringan laman sosial dan sebagainya.

3. Sentiasa mengadakan program-program yang meningkatkan ilmu seperti seminar, kursus, halaqah dan sebagainya.

4. Sentiasa mengawasi tempat-tempat yang selalu menjadi kunjungan dan tumpuan serta keramat oleh masyarakat

5. memperuntuk dan menguatkuasakan undang-undang berkenaan khurafat dengan lebih ketat lagi.



* Nota untuk guru dan murid dalam jawi dan persembahan powerpoint, boleh dimuat turun di ruangan "nota ringkas " dan "bahan bantuan mengajar dan belajar"

Rabu, 23 Mac 2011

Video Untuk Rakan Setugas

Video ini aku buat untuk sekolah dan telah dipertontonkan di Malam Jasamu Dikenang buat Ustazah Shakirah Hj Ismail yang dah bertugas selama 25 tahun di sekolah aku.. Beliau telah ditukarkan ke SRA Pekan Meru pada bulan Februari lalu.. Semoga Ustazah Shakirah sukses di tempat baru...


Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys