asampedasikanpari

nuffnang

Rabu, 3 Jun 2009

Perodua MPV... Lagi Murah...?

Sengaja aku mencari-cari imej dan gambaran tentang MPV kedua negara selepas Proton melancarkan Exora pada bulan April lalu. Dengar khabar, tempahan telah mencapai lebih 11,000 unit untuk Proton Exora.. Tahniah Proton.
Apapun, pesaing pembuat kenderaan Nasional itu iaitu Perodua telah memberi "hint" yang makin popular dengan menyatakan MPV Perodua (yang belum diberi nama, harap-harap dapat memartabatkan Bahasa Melayu...) akan dijual pada harga yang lebih murah sekitar RM56,000 - RM66,000. Selama ini, rakyat Malaysia sudah tahu yang syarikat pengeluar kenderaan Nasional kedua negara itu sentiasa mengeluarkan kenderaan yang mempunyai kualiti yang tinggi dan enjin yang JIMAT MINYAK. Itu perkara pertama sebelum rakyat Malaysia hendak membeli sebuah kereta.

Daripada imej yang sudah tertera dalam internet (tq to www.paultan.org), sekali pandang ia nampak kemas. Hampir sama kemas dengan Proton Exora. Aku tak tahu pandangan orang lain tentang kekemasan Exora. Bagi aku, setakat ini, Exora memang kemas selain Proton Waja.

Perodua MPV_interior dashboard



Proton Exora_interior dashboard

Aku dah duduk di kerusi bahagian belakang Exora. Dengan ketinggian aku 172cm, aku selesa. Cuma sampai sekarang, aku blum "test drive" Exora. Untuk MPV Perodua ini, aku harap ia "menselesakan" orang tinggi macam aku. Dalam keadaan sekarang, MPV adalah sebuah pembelian terbaik. Nak bawa ramai anak sekaligus, bawa mak dan bapa, mak dan bapa mentua, nak bawa adik beradik sekali. MPV lah yang dicari. Maklumlah, MPV Perodua ini diasaskan daripada Toyota Passo Sette atau dikenali Daihatsu Boon Luminas, dua syarikat induk Perodua yang terkenal dengan enjin jimat dan body kereta yang kompak.


Toyota Passo Sette


Perodua MPV_interior seat

Perodua MPV_seat2


Perodua MPV_front seat


Sekiranya mengikut imej tersebut, aku yakin, aku tak dapat duduk di bahagian belakang MPV Perodua. Kaki panjang aku memang akan "tergantung" dan tidak selesa. Apabila memandu jauh, kaki aku akan jadi lenguh. Kalau pihak Perodua dah siapkan model MPV ini, apa boleh buat. Rakyat kena terima dan pandai-pandailah membuat pilihan bijak. BELILAH barangan BUATAN MALAYSIA.






Rabu, 27 Mei 2009

cempuling - warisan jawa

Selama beberapa minggu, aku cuba mencari asal usul “cempuling”. Ini disebabkan rumah bapa mertua yang terletak di Kg Tok Muda, Kapar adalah tempat berkumpulnya generasi “pemain” cempuling yang telah lama bergiat sejak dahulu. Banyak tempat di negeri Selangor selalu dan kerap memainkan cempuling terutama di majlis-majlis rasmi. Kemungkinan, rakyat negeri Selangor memang kuat pengaruh jawanya berbanding negeri lain. Ada beberapa tempat yang popular dengan aktiviti cempuling, iaitu Kg Bukit Kapar, Jenjarom, Kg Tok Muda ( hanya dapat menyebutkan beberapa kampung yang aku tahu..)


Kumpulan Cempuling Kg Tok Muda membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan

Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan berasal dari tanah jawa, lebih khusus dari Jawa Tengah, Indonesia. Apapun, mengikut lawan web http://www.jawatengah.go.id/ , tidak menunjukkan maksud asal “cempuling”. Hanya ada diletakkan “gamelan jawa” yang berasal dari agama Hindu yang digubah oleh Sunan Bonang, untuk menceritakan kecintaan manusia kepada alam kehidupan.
Cempuling seperti yang diceritakan terutama yang terdapat di Kg Tok Muda, Kapar mempunyai 13 tajuk lagu. Lirik lagu tersebut menceritakan kisah para nabi disesuaikan dengan rentak dan melodi. Antaranya seperti kisah Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha. Sebuah lagu yang dimainkan mengambil masa selama 5-10 minit. Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan tetapi kebanyakkan lirik lagu adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.

Orang tua-tua di Kg Tok Muda, Kapar menyatakan ramai masyarakat Jawa di Negeri Selangor patut memelihara kebudayaan cempuling. Sekarang ini, cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden bertujuan dapat menarik minat golongan muda membabitkan diri dalam seni warisan ini. Walaubagaimanapun, beliau mengakui, asas alat muzik cempuling ada 6 sahaja, iaitu Gong, Kempol, Kempreng, Eteng-eteng ( nyaring & rendah ) dan Gendang. Ke enam-enam asas alat ini menghasilkan bunyi tersendiri.



Gendang Cempuling





Gong Cempuling
Berbeza dengan gong yang biasa kita lihat. Ia dinamakan gong kerana ia mengeluarkan bunyi "bass" dan diketuk sekali sekala dalam sesebuah lagu.



Kempol (di bawah ) Kempreng (di atas)

eteng-eteng
Aku hanya memaparkan beberapa gambar alat cempuling yang asas yang dimainkan di kg Tok Muda. Aku harap sedikit sebanyak dapat membantu....

Isnin, 18 Mei 2009

Kemahiran Amal Islami JAIS Daerah Klang

PAID Klang dan MGB Daerah Klang telah menganjurkan Program Kemahiran Amal Islami Peringkat Daerah Klang bertempat di SRA Kg Delek. Acara dimulakan pada jam 8.30 pagi dengan Majlis Perasmian oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, Y.B Dr. Hjh Halimah Bt Ali. Selesai sahaja majlis perasmian, kesemua acara berjalan serentak iaitu sebanyak 25 acara dipertandingkan. Antaranya Hafazan dan Tafsiran (lelaki & perempuan), Nasyid, Rawi&Marhaban, Khat, Bercerita dari Al-Quran, Syair, Syarahan Bahasa Arab, Syarahan B.Melayu dan lain-lain. Keseluruhannya seramai hampir 2800 pelajar yang mengambil bahagian sepanjang program ini berlangsung.
Acara Penutupan dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam, Tn Hj Amir Bin Hj Danuri.
Hadiah keseluruhan dibahagikan kepada 3 hadiah utama, Hadiah Keseluruhan Individu ( SRA Sementa), Hadiah Keseluruhan Kumpulan ( SRA Sementa) dan Hadiah Keseluruhan (SRA Sementa)... Tahniah SRA Sementa..!!! Tahniah juga kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Inilah ko-kurikulum di sekolah agama di Negeri Selangor. Pelajar-pelajar yang menjadi johan bagi setiap acara akan mewakili daerah Klang ke peringkat Negeri yang berlangsung di Kuala Kubu Bharu bulan Jun nanti.
Tahun depan program ini akan berlangsung di SRA Rantau Panjang....
peserta acara khutbah

peserta acara nasyid lelaki

peserta acara bercerita dari Al-Quran


peserta-peserta dari acara khat


peserta acara nasyid



peserta acara rawi dan marhaban lelaki

sebahagian peserta dan murid yang ambil bahagian


guru-guru datang memberi sokongan


majlis perasmian program oleh Y.B Dr. Hjh Halimah Ali,
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor


Ucapan Penolong Pegawai Tadbir Agama Unit Pendidikan Islam Klang
Ust Mohd Rafiee Bin Abdul Rahim

Persembahan Selawat dari pelajar-pelajar SRAI Tengku Ampuan Fatimah
Batu Belah, Klang

Bacaan Doa oleh Ust Noor Wirdansyah Bin Bahari










Ahad, 3 Mei 2009

Lawatan Sambil Belajar

Hari ini bersamaan 2 Mei 2009, aku bawak isteri dan anak-anak aku berjalan sambil mengenal binatang di Zoo Negara, Hulu Klang. Mungkin setengah orang perlekeh usaha aku - "eh eleh, zoo..?!! apa ada..? " Memang... tapi aku seronok walaupun penat... aku sangka tak ramai yang datang.. yer la... umur zoo tu pun dah baya umur ayah aku, tapi ia masih menjadi lokasi sesuai dan MURAH untuk aku ajarkan kepada anak-anak aku tentang kahidupan haiwan dan tumbuhan. Ternyata, isteri dan anak-anak termasuklah aku sekali puas walaupun penat. Sampai sahaja di rumah, aku terus edit gambar video yang aku ambil, kemudian aku tunjukkan kembali kepada mereka. Aku harap ingatan mereka akan kekal sampai bila-bila... aku kongsikan detik indah kenangan itu di sini..


Cuma aku rasa, bayaran yang dikenakan terhadap pengunjung yang membawa video kamera (macam aku...) patut dikurangkan... aku pun terkejut dengan harga yang dikenakan.. satu lagi, aku rasa pengunjung tidak perlu membayar perkhidmatan tren dalam zoo sebab tiket yang dikenakan sudah memadai mereka mendapat perkhidmatan itu sepanjang lawatan. Yang lain-lain seperti perkhidmatan bergambar dengan haiwan tertentu, aku rasa berbaloi, walaupun aku rasa ianya tak munasabah. (macam bergambar dengan kuda kecil berharga RM 25, upah mengambil gambar menggunakan kamera pengunjung sendiri-siap cuci- RM10 3 keping..)

Lagi satu, kena perbanyakkan lagi restoran makanan. Restoran yang ada sekarang ini tidak mencukupi. Tapi, insya allah, aku akan datang lagi...

Jumaat, 1 Mei 2009

Hayati Sirah Kelahiran Nabi

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Agama Sementa pada 27 Mac 2009 yang lalu.. Sambutan yang sederhana tetapi meriah... Bermula dengan perarakan dari Dataran Sekolah, berjalan mengelilingi Lapis 1, Kg Sementa kemudian pulang semula ke sekolah 45 minit kemudiannya. Semua guru dan murid terlibat dengan sambutan ini.

Acara seterusnya diiringi dengan dendangan Selawat dan Puji-pujian ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. Setelah itu, pertandingan bercerita kisah kelahiran Nabi S.A.W di adakan. Ikuti sedikit bingkisan yang telah dirakam untuk dikongsi bersama... ( hari tu pun ada masuk paper Sinar Harian... )


Sekalung tahniah dan syabas kepada semua warga Sekolah Rendah Agama Sementa yang bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan ini. Pujian dan setinggi-tinggi penghargaan juga kepada PIBG sekolah yang memberi sokongan, serta warga kampung yang memberikan kerjasama yang padu... Moga tahun hadapan sambutan lebih meriah....

Ahad, 22 Mac 2009

Perkembangan Potensi Anak-anak Kita

Video ni aku amik sendiri dan aku edit sendiri untuk tatapan kita melihat perkembangan dan bakat anak2 kita yang berada di sekolah agama, khususnya di negeri selangor...


ini hanyalah sebahagian sahaja.....

Jumaat, 27 Februari 2009

Kertas Ringkas Konsep Pendidikan Bestari



































Salam pada semua..... aku kongsikan pengalaman aku berkursus dan berbengkel dengan Guru PAKAR Bestari Jabatan Agama Islam Selangor, Cikgu Rosli Bin Ahmad untuk dikongsi bersama... Satu konsep pendidikan Bestari untuk panduan guru-guru.
Semoga ada manfaat untuk anda yang bergelar PENDIDIK....




















Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys