cempuling - warisan jawa ~ asampedasikanpari

nuffnang

Rabu, 27 Mei 2009

cempuling - warisan jawa

Selama beberapa minggu, aku cuba mencari asal usul “cempuling”. Ini disebabkan rumah bapa mertua yang terletak di Kg Tok Muda, Kapar adalah tempat berkumpulnya generasi “pemain” cempuling yang telah lama bergiat sejak dahulu. Banyak tempat di negeri Selangor selalu dan kerap memainkan cempuling terutama di majlis-majlis rasmi. Kemungkinan, rakyat negeri Selangor memang kuat pengaruh jawanya berbanding negeri lain. Ada beberapa tempat yang popular dengan aktiviti cempuling, iaitu Kg Bukit Kapar, Jenjarom, Kg Tok Muda ( hanya dapat menyebutkan beberapa kampung yang aku tahu..)



Kumpulan Cempuling Kg Tok Muda membuat persembahan di majlis-majlis perkahwinan

Cempuling adalah salah satu bentuk hiburan tradisional yang asal usulnya dikatakan berasal dari tanah jawa, lebih khusus dari Jawa Tengah, Indonesia. Apapun, mengikut lawan web http://www.jawatengah.go.id/ , tidak menunjukkan maksud asal “cempuling”. Hanya ada diletakkan “gamelan jawa” yang berasal dari agama Hindu yang digubah oleh Sunan Bonang, untuk menceritakan kecintaan manusia kepada alam kehidupan.
Cempuling seperti yang diceritakan terutama yang terdapat di Kg Tok Muda, Kapar mempunyai 13 tajuk lagu. Lirik lagu tersebut menceritakan kisah para nabi disesuaikan dengan rentak dan melodi. Antaranya seperti kisah Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha. Sebuah lagu yang dimainkan mengambil masa selama 5-10 minit. Selain daripada kisah para nabi, ada juga lagu yang mengajak pendengar menghayati erti kehidupan tetapi kebanyakkan lirik lagu adalah berkaitan dengan penghayatan tentang keagamaan seperti memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W.

Orang tua-tua di Kg Tok Muda, Kapar menyatakan ramai masyarakat Jawa di Negeri Selangor patut memelihara kebudayaan cempuling. Sekarang ini, cempuling telah memasuki zaman kemodenan dengan pertambahan alat-alat muzik moden bertujuan dapat menarik minat golongan muda membabitkan diri dalam seni warisan ini. Walaubagaimanapun, beliau mengakui, asas alat muzik cempuling ada 6 sahaja, iaitu Gong, Kempol, Kempreng, Eteng-eteng ( nyaring & rendah ) dan Gendang. Ke enam-enam asas alat ini menghasilkan bunyi tersendiri.



Gendang Cempuling





Gong Cempuling
Berbeza dengan gong yang biasa kita lihat. Ia dinamakan gong kerana ia mengeluarkan bunyi "bass" dan diketuk sekali sekala dalam sesebuah lagu.



Kempol (di bawah ) Kempreng (di atas)

eteng-eteng
Aku hanya memaparkan beberapa gambar alat cempuling yang asas yang dimainkan di kg Tok Muda. Aku harap sedikit sebanyak dapat membantu....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kitorang pon tgh cari maklumat pasal cempuling ni...
leh kite bekerjasama?
kalu leh ktrang nk taw seme maklumat yg saudara/ri dapat..
jika sudi tlg foward ke email saye.. nisahnapi@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

salam, saya sedang mencari maklumat mengenai cempuling ini. boleh x kalu sya nk taw ape maklumat tg telah pihak kamu dapat? nisahnapi@yahoo.com

maqz farruqiez berkata...

ayah saya adalah pemain cempuling kawasan tanjung karang. dikenali sebagai warisan cempuling tanah lesen. kumpulan ini selalu mengadakan persembahan untuk pelancong yang menginap di homestay kampung sungai sireh, selain cempuling, kompang 3. kompang 7 juga masih dimainkan oleh pemain2 cempuling ini. untuk maklumat lanjut boleh email saya maqz_geomass@yahoo.com.my

laila suhailah berkata...

saya salah seorang pemain cempuling kg bukit kapar..

Catat Ulasan

Pengikut Blog Ini

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | free samples without surveys